Catriona Ross
Terharu sgt2 time baca kisah Catriona Ross bertudung. Paling terharu bila reaksi suami Catriona Ross yg tersgt2 bangga dan sangat menghargai apa yang dilakukan oleh Catriona Ross. Semoga Catriona Ross akan kekal bertudung. Nampak sangat-sangat cantik kan bila Catriona Ross bertudung? (^_^)
Di bawah ialah kata-kata Catriona Ross tentang reaksi suaminya apabila dia bertudung:-
Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia nampak sangat terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya
Untuk makluman, Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai tahun lepas kalau tak silap. Menarik sungguh cerita bagaimana dia bermula memakai tudung. Benarlah kata orang, hidayah itu datang tak kira waktu dan tempat. Untuk Catriona Ross, ianya berlaku ketika menemani teman-temannya membeli tudung.
Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya akan memakainya
Farah AF2
Farah ada bgtau yg beliau terbuka hati
untuk memakai tudung sekitar bulan Julai 2010.
Bulan yang sama dengan Catriona Ross.
Alhamdulillah..
Bukankah ini satu penghijrahan ke arah yang lebih baik?
Kita pula bagaimana?
Sudah bersiap untuk berhijrah?
Jangan tunggu lama-lama..
umur tua tidak menjamin perubahan kita..
Berubahlah dari sekarang..
Selagi umur masih ada..
Lakukanlah sedayanya..
untuk mematuhi segala perintah-Nya..
Perintah Dia, Allah yang menciptakan kita!
Nota kaki:seronok tengok kawan-kawan perempuan yang dahulunya "free hair"..
kini sudah berjinak-jinak untuk bertudung..aku gembira. gembira melihat ketenangan pada wajah mereka..betul,ikhlas aku cakap, wajah mereka lebih cantik & ayu sgt2 bila bertudung...malah lebih manis melihat mereka bertudung..Sebenarnya bagi aku.. tudung itu tidaklah punya nilai apa-apa..Nilai yang sebenar adalah apabila kita berjaya membuka hati kita untuk mentaati perintah-Nya..
dan mereka berjaya. :)..ALHAMDULILLAH..semoga kekal smpai akhirnya...ok?
aku pun stat pakai tudung sepenuhnya start Form 1... selepas arwah ayah meninggal masa darjah 6....Arwah mak pesan (masa tu mak masih ada lagi..), kena pakai tudung....sbb arwah ayah akan tanggung segala dosa2 anak2 dia kat sana....kalu aku x pakai tudung...kesian arwah ayah kat sana..kena tanggung semua......teringat lagi nasihat mak....So,smpai skrg,tudung still melekat kat kepala aku...& harap2 akan kekal sampai bila2....
:: Mereka2 Yang CooL !!::
Wednesday, August 10, 2011
Kisah Penghijrahan Catriona Ross & Farah AF2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Yang mendoakan Cik Marjan Kurus..(^_^):
Post a Comment