:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, June 14, 2013

KISAH TAULADAN

KISAH TAULADAN 

 Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... 
Satu hari budak itu melamar gadis itu. 
Kemudian gadis itu berkata, 

"Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar....... Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. "

 Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian. 
Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. 
Gadis itu berkata, 

"Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " 

Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu. 
Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. 

"Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." 

Kemudian dia berkata kepada isteri beliau,

"Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan....."

 Dan ingin tahu satu fakta? 
Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. 
Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. 
Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?


Moral dari cerita ini.... 
Hidup tidak begitu singkat. 
Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. 
Situasi boleh berubah dengan masa. 
Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... 
hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... 

Jangan menyesal di kemudian hari.. 
jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... 

semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sebab2 Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda



SEBAB 1

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.

Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.

Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!

Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.

Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.

Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.

Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.

SEBAB 2

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Masalah diturunkan sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar.

Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun dan tidak meminta maaf daripada Allah. Syaitan sentiasa menggoda Anda 24 jam tanpa henti. Maka wajarlah kiranya Anda bertaubat tanpa henti sebab mana tahu Anda ada terbuat dosa tanpa Anda sedari. Untuk bertaubat, sebaik-baik cara adalah mendirikan solat sunat Taubat. Cara paling senang adalah dengan melafazkan istighfar sepenuh hati.

Sebagi orang Melayu beragama Islam, pandanglah masalah sebagai amaran daripada Allah atas perbuatan Anda. Anggaplah masalah sebagai ‘warning’ Allah bahawa Anda sudah jauh dariNYA, Anda sudah lupakan suruhanNYA dan Anda mula mendekati laranganNYA.

Amalkan istighfar selalu sebagai cara untuk memohon ampun kepada Allah selain untuk mencuci hati dari sifat-sifat negatif seperti cemburu, hasad dengki dan mu
dah marah. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad supaya masalah (cabaran) yang Anda lalui sekarang ini diringankan bebanannya.

SEBAB 3

Sebab ketiga kenapa masalah diturunkan pada Anda adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat.

Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup Anda di limpahi rahmat dan di sinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik Anda pada orang lain.

Andai kata hidup Anda sekarang ni bermasalah, kaji balik apa yang Anda dah buat sebelum ni. Mesti ada seseorang yang Anda dah sakiti hatinya.

Sebagai contoh, mungkin seseorang tu adalah ibu atau bapa Anda sendiri. Mungkin ada seseorang yang teraniaya oleh sikap Anda, sama ada Anda tersengaja atau tak tersengaja. Mungkin ada kawan yang sakit hati dengan sikap Anda tapi dia tak beritahu pada Anda, terutama kawan yang suka memendam rasa.

Ingatlah, segala perbuatan Anda, fikiran Anda dan tindakan Anda mendatangkan kesan tersendiri. Latih diri Anda berbuat banyak kebaikan supaya dari situ hidup Anda disinari dengan cahaya kegembiraan kesan dari kebaikan-kebaikan yang Anda lakukan.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, June 13, 2013

Maafkanlah ibu bapa anda



Ibu bapa adalah insan yang membawa anda ke dunia ini. Pengalaman dengan mereka sangat pelbagai. Ibu bapa dengan sikap kasih sayang akan membahagiakan anak-anak mereka tetapi tidak semua anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa sedemikian. Namun, anda sebagai anak tiada pilihan selain reda dan dapat menerima ibu bapa anda seadanya. Jika anda tergolong daripada kumpulan yang mempunyai ibu bapa kurang memberikan kasih sayang kepada anda, artikel minggu ini memberikan sedikit tip bagaimana anda boleh memaafkan kelemahan mereka.

1. Ibu Bapa Tidak Menyedari Bila dan Bagaimana Mereka Menyakitkan Hati Anda.

Tidak ada ibu dan bapa yang dengan sengaja ingin menyakitkan hati anak-anak mereka. Perasaan sakit hati merupakan andaian dan persepektif anda terhadap mereka apabila ada beberapa perkara yang berbeza antara anda dengan mereka. Senaraikan perkara yang anda rasa tidak selesa tentang perlakuan mereka terhadap anda. Senarai ini hanyalah merupakan senarai untuk anda membuat refleksi kesilapan yang mungkin mencetuskan situasi itu. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa seseorang anak tidak boleh menyakitkan hati ibu dan bapanya. Jadikanlah itu sebagai panduan terhadap perhubungan anda dengan ibu bapa.

2. Fikirkan Perkara yang Mungkin Anda Telah Menyakitkan Hati Mereka.

Buatkan satu senarai tentang kemungkinan anda juga telah menyakitkan hati mereka secara tidak sengaja atau disengajakan. Mungkin anda tidak mengendahkan kata-katanya, tidak melaksanakan tugas yang diberikan, ketinggian nada suara, jelingan mata anda terhadapnya, tidak mendengar dan memberi perhatian semasa mereka berkata-kata, tidak mengucapkan terima kasih terhadap layanan mereka terhadap anda dan seumpamanya. Anda juga perlu sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mempunyai sikap yang sangat sensitif terhadap sesuatu.

3. Fahami Doa Dan Harapan Mereka Terhadap Anda

Ibu bapa yang bahagia ialah ibu bapa yang melahirkan anda ke dunia ini. Mereka pernah berharap dan berdoa agar anda bahagia, sihat, sejahtera, menjadi orang yang berguna, kaya raya, berakhlak mulia, beriman, baik di dunia dan di akhirat. Pandangan ini diambil daripada temu bual saya dengan 20 ibu bapa yang mempunyai anak. Anda juga seharusnya mempunyai doa dan harapan untuk mereka. Ia lebih baik lagi melalui usaha dan tindakan anda terhadap doa dan harapan mereka. Maksudnya anda perlu menjaga kesihatan anda, menjaga akhlak, berusaha dalam pelajaran dan seumpamanya.

4. Fahami Perasaan dan Pemikiran Ibu dan Bapa Anda

Setiap manusia tidak sama daripada aspek sifat, sikap dan perwatakan. Ibu bapa anda juga demikian. Anda boleh membaca perasaan mereka seperti kesedihan, kegembiraan, kemarahan, kekecewaan dan kesukaan. Perasaan ini akan memberi kefahaman kepada anda untuk menyelami perasaan dan fikiran mereka. Bincangkan juga perasaan anda supaya mereka dapat memahami. Mereka juga ingin tahu hasrat dan harapan anda. Mereka juga perlu tahu bilakah anda berasa sedih, kecewa dan gembira. Mudah-mudahan jurang perasaan dan pemikiran yang terdapat antara anda dengan ibu bapa semakin menipis, akhirnya akan saling memahami serta dapat memaafkan mereka.




Nyawa saya 

Rindu Arwah Ayah & Arwah Mak

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

-Jodoh di Tangan Allah- [[ NasiHat Utk dirI seNdIrI ]]

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, 

"Mama satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Mak jawab, "dua-dua bukan.." 

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. 

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." 

Saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" 

Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. 
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. 
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." 

mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. 

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " 

mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.." 

Saya memintas, 

"Tak faham.."

Mak menyambung 

"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." 

Mak menyambung lagi,

"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." 

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. 

Mak menyambung 

"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" 

mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire 

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu."

 Mak merenung jauh.
Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. 

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" 

saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. 

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..Mak, seperti kakak.."

 mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. 

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. 

"Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." 

sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." 

mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi? 

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

 Tiba-tiba air mata saya mengalir. 
Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. 

Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." 

emak berhenti seketika.. 
Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.." 

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha. 

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. 
Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. 

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

 Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

 -amekla pengajaran dari citer ini okeh-


 ~MarJan IbraHim~ jOdoh itu RahsIa ALLAH...... 

** MungKIn dah tiBa Masanya aKu Bukak Kan Hati aku.......**
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA (AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN!)

Dia isteri yang cantik, muda lagi.. 

NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. 
BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. 

AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN!

 Ini kisahnya ... 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Assalamualaikum..
tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi.
 sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

 DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

 Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. 
kami bercinta hampir 8 tahun. 
Kemudian kami bernikah.
Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin. 
 Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. 
Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. 
Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan.
 Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. 
Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.
suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat,
 alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada.. 
 x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.
sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.
hati isteri mana yg x hancur luluh. 
Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.
dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..
sbg isteri,sy percaya kata2nya..
tp dia lupa,Allah itu ada..
Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..
Dan secara tiba2 dia kembali romantik. 
 tp dia lupa,Allah itu ada.. 
1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. 

Inbox-clear. Sent item-clear. Draft - ......

1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..
lg sekali,hancur luluh hati sy..
saat itu jugak sy tanya suami. 
Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..
pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

 ya Allah..
terduduk sy semasa mendengar pengakuan.
 Menangis,mengongoi...
macam org gila.
ya,macam org gila..
tp dia lupa,Allah itu ada. 
Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.
sy terus ke rumah rakan
.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..
sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.
dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.
sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.
malam itu juga sy bilik ke rumah mertua....

sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). 
Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.
sy dah x ambil pusing.
mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. 
Sy akur.. .........................
Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.

suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bkn lah bekas kekasihnya....tp janda anak 4! 

 ya Allah,
kami br saja 25thn!! 
Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. 
Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.
Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..

ya Allah,
macamla sy x marah ketika ini..
sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.
suami pd mulanya x setuju.
tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.
kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..
sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..
betul,suami sy lupa.......

Allah itu ada.. 

 Pd subuh hari,sy kejut suami.
sy tanya elok2..
sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg.
 Suami diam.
 Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. 
Mereka sudah terlanjur. 
Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..

Allah....
berat sungguh dugaanMu..
bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!! 
 Ketika itu,sy diam................................

setitik air mata pon tiada..
sy pandang kosong suami sy.
sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.
sy diam sejenak.
suami pula menanti jawapan.
dia menangis.
sy biarkan..
baru menyesal mungkin? 

Sy peluk suami 
sy,sy bisik di telinganya..'

abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati'

 suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.
dan sy hanya mengangguk. 
 Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..
sy terus pergi dan berwuduk.
ketika solat lah br air mata sy jatuh..

pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..

hati sy x tenang
.sy baca surah ar rahman. 
Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. 
Suami yg melihat turut menangis..

dia x sanggup tgk keadaan sy..
dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.
sy x mampu utk berkata2 ketika itu.
sy hanya menangis dan menangis..

suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.

sy tanya apa yg kurang pd sy,
dia kata tiada apa yg kurang.
sy ada rupa,...............
1000x cantik pd janda tersebut.
sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat......
ape lg?? 


 suami kata dia macam lupa diri..
dia xtahu knp dia bodoh macam tu.
dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..
sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.

 Mmg,sakitnya ya Allahhh.... 

Dia saja yg tahu. 
Sy hanya bertahan utk sekejap.
kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.
sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.
tp suami x nk.
dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. 
Pd saat itu sy kerap menangis.
tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..
habis dia cerita semua yg sy x tahu..
yg amat menyakitkan. 
Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.
(suami dah patahkan simcard).

Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.
sy dan suami sy baik2 saja. 

Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikanya.

perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu.. 

 Ya tuhan,
 ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang...
sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana.. 

Tp Allah  ada..

siapa la yg x marah.
memang sy mrh.
tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..
sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy
.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..
mcm2 suami tipu,
tp Allah bantu sy beri petunjuk..

 Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..
anak sy pn telah selamat lahir..
kami cuba utk lupakan segalanya.
kami buka buku baru..
suami pun dah berubah.
sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang
jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. 

sy ada gaji sendiri,
sy ada rupa,
sy ada anak dah dan sy ada Allah.

apa ade hal?

 Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.
tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..
sy yakin, Allah itu ada. 

Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam.. 

 Sabar sahabat2ku,
Allah itu ada..
kita kena percaya qada dan qadar. 
Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..


yakinlah ALLAH ITU ADA~ 







 Allah.. Allah.. Allah.. :'(
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Layan Movie :: Friends with Benafits



Bila 2 org sahabat baik yg sama2 Jatuh cinta & sama2 pendam perasaan sbb xmau merosakkan persahabatan mereka ....& akhirnya "cuba" utk bercinta .....
waahhh.......Best!!! ♥ ♥
[~ saje je wat ayat sendiri ...hahha!]
SinOpsis:
Jamie (Mila Kunis) is an Executive Recruiter for a leading job agency in New York City, and Dylan (Justin Timberlake) works as an art director for a small internet company in Los Angeles. Jamie has the task of trying to recruit Dylan to interview for a job with GQ magazine and begin working in New York City. Dylan comes to New York and after interviewing for the position, learns from Jamie that he has been given an offer to work for GQ. At first, Dylan is hesitant to accept and move from Los Angeles to New York, but in an effort to get Dylan to accept the job, Jamie spends the evening taking him around the city trying to sell him on the opportunity and the city.

After a fun night together exploring the city, Dylan agrees to take the job. The next day, Jamie presents Dylan with the contract to sign so she can land her commission for recruiting him. Not knowing anyone else in the city, he and Jamie quickly develop a friendship. One night, while hanging out at Jamie’s apartment watching a romantic comedy, they get on the topic of sex and relationships. They come to the conclusion that sex should not come with so many emotional attachments. Both feeling the need for a physical connection, they agree to have sex without emotion or commitment involved. After several trysts together, Jamie comes to the realization that this isn’t really what she wants, and she would like to start dating again and informs Dylan that they need to stop.

Jamie meets Parker (Bryan Greenberg) and they begin dating. After five dates, they consummate their relationship, but the next morning, Parker leaves and informs Jamie he really wasn’t looking for anything more. Furious, Jamie tells Parker off, assuring the end of their relationship. Trying to be sympathetic and to help Jamie get over the pain of the situation, Dylan suggests she come with him to California over the July 4th weekend while he visits his family. Jamie is very hesitant, but agrees after much persistence from Dylan. They fly to California where Jamie meets his sister Annie (Jenna Elfman) and father (Richard Jenkins). While in California, emotional feelings for each other begin to form and they share a passionate kiss, which leads to a night of close intimacy unlike any they had shared before. However the next day, Jamie overhears a conversation between Annie and Dylan indicating he has no real feelings for her. Hurt, she flies back to New York. A few days later, Dylan returns to New York trying to reconcile his friendship with Jamie and find out why she has been ignoring him. He finally finds Jamie, and she informs him she overheard everything he said and has no interest in maintaining any kind of a friendship with him.

Soon after this, Jamie discovers that Dylan may be leaving the GQ position for another job, which would affect her commission. She confronts Dylan about this which leads to another argument. Both begin to do some soul searching, trying to come to terms with their feelings about their relationship. Jamie spends time with her mother (Patricia Clarkson), while Dylan discusses it with his sister over the phone. His sister informs him that their father, who suffers from the early stages of Alzheimer's disease, will be flying to New York and he needs to be picked up at the airport. While eating at the airport with his father, his father, in a moment of Alzheimer's-induced confusion, incorrectly recognizes a passerby as a woman from his past. Dylan asks him about this woman, and his father, upon regaining his lucidity, says that she was a woman he met in the Navy, that she was the love of his life, and regrets decisions he made in his youth to let her go.

Dylan realizes how he feels about Jamie and after a talk with his friend and coworker, Tommy (Woody Harrelson), decides to go after her. He calls Jamie’s mother to set up an excuse to get Jamie to go to Grand Central Station thinking she will be picking her mother up and arranges to have a flash mob scene set up to surprise Jamie at Grand Central. When the moment comes, he catches up with Jamie and tells her how he really feels. Surprised and happy by this turn of events Jamie tells him to kiss her. After sharing a kiss, Dylan suggests it is time they go on their first real date. They go to the café across the street, and although they attempt to keep the date casual and relaxed, the film ends with them in a sensual embrace and passionate kiss.


nota kaki: semalam layan movie ni kat laptop.... move ni mmg best...
komedi Romantik...=)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

"Kenapa ALLAH masih hidupkan kte pada hari ini?"

‎"Kenapa ALLAH masih hidupkan kte pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali :

"Kerana dosa kte terlalu banyak. dan ALLAH masih izinkan (beri masa) kite untuk bertaubat.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; jika keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Allah, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim

Senang belum tentu bermaksud Allah syg. Susah bukan pula bermaksud Allah benci. Adakala Allah berikan kita kesenangan utk menyesatkan kita sehingga lupa beribadah kpd-Nya. Kadang2 Allah berikan kita kesusahan utk meningkatkan lagi martabat kita di sisi-Nya. Susah senang bukan ukuran kasih syg-Nya. Yang dihitung ialah sejauh mana kita bersyukur & redho dgn setiap kurniaan-Nya.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

A Friend Is

A Friend Is

A friend is someone with whom, your thoughts,
dreams and secrets you can share.
And no matter what you say or do, you know
that they still care.
A friend is always ready to laugh
with you when you are glad.
But has shoulder for you to cry on
at those times when you are sad.

A friend always want the best for you
And they are not happy until you are too.

A friend is never jealous
of the things you may attain.
And if you are the winner you will
not hear them complain.

A friend is a person who could spend everyday
with you, from beginning to end.

When you find someone like this they are more
than a friend they are a ...BEST FRIEND

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, May 8, 2013

SF BEAUTY From IMA Shopping Online

Set Kuning (Vit E) 
untuk kulit Normal/kurang bermasalah. (kulit kusam, gelap,tone xsekata,masalah jeragat) 

Set Hijau (Vit C) 
untuk kulit bermasalah (kulit sensitif,berjerawat,banyak parut, @ muka terlalu berminyak)






assalam....

ada pengguna SF BEAUTY x kat sini?
saje nk promot....hehe
jom lah shopping ngn saya...
murah je....
saya jual...
:)
 https://www.facebook.com/ImaShoppingOnline


PM kat link tu ya....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, April 29, 2013

untuk "AWAK"


Saya tak cantik ,tak comel rupa,
Saya tak pandai masak enak di rasa, 
Tapi boleh lah buat isi perut kita, 
Tak perlu makan kedai bila kita dah tua. 

Saya tak pandai bergaya ala diva ternama, 
Saya tak pandai menjahit cantik di mata, 
Tapi boleh lah bila sesak koyak tiba-tiba, 
Takde la gelabah marah tak tentu hala. 

Saya bukan perempuan bijak tahu segala, 
Saya tak tahu sangat memandu kereta, 
Tapi boleh la ganti awak bila kita berdua, 
Takde lah awak penat pandu seorang sahaja. 

Saya mungkin sensitif tak semena, 
Tapi saya tak cepat gelabah cool sahaja, 
Tapi kadang-kadang saya cepat pelupa, 
Awak nak tak jaga saya? 

Saya memang bukan perempuan tipikal, 
Yang mengharap lelaki sempurna, 
Kalau awak mampu buat saya rasa bahagia, 
Saya rasa awaklah jodoh saya. 

Saya tak cantik, 
Saya tak sempurna, 
Saya cepat gemuk bila tak dijaga, 
Saya hati tisu menangis je kerjanya, 
Saya kuat tidur sampai bengkak mata, 
Saya bukan list perempuan idaman semua. 

Tapi, 
Awak nak tak jaga saya? 
Terima saya yang dah gemuk bila dah tua? 
Tolong kejut saya kalau saya tidur tak terjaga? 
Pujuk saya kalau saya menangis tak semena? 

Saya memang tak ada apa-apa, 
Saya cuma ada hati yang ikhlas terima awak, 
Cinta yang cukup besar untuk awak, 
Dan ruang yang luas dalam hidup saya untuk awak seorang.

Ikhlas.....
Dari saya, utk 'Bakal Suami" saya......
yg saya pun tak tahu siapa dia...........
Jodoh itu Rahsia ALLAH.
Dan saya Yakin dgn Pemberian ALLAH.








BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, April 23, 2013

Kawan Baik



Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .


  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
  • Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.


 Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

  • Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
  • Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

 Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!




BIAR KAWAN LUPA KITA...
JANGAN KITA LUPA KAWAN KITA....


Ikhlas,
Marjan.Ibrahim





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, April 15, 2013

New Shawl FRom IMA Shopping Online

Assalamualaikum....

KAMI ADA SHAWLBARU UTK PENGGEMAR2 SHAWL....

HARGA MURAH SGT2...
HANYA RM 18 SEHELAI DAN TIDAK TERMASUK POSTAGE...
SO, KALO BELI 5 HELAI KE ATAS, FREE POSTAGE...
NNTI PAKAT2 LAH DGN KAWAN2.... BELI BYK2...
HEHEE

BYK CORAK YG CANTIK2..
KALO NAK RESPOND LG CEPAT,
JUST WHATAPPS KE NO 012-949 8284 (JAN)


ATAU PUN KE PAGE FACEBOOK KAMI... ImaShoppingOnline
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, April 12, 2013

ALHAMDULILLAH.... UMRAH YANG PERTAMA



ASSALAMUALAIKUM....

Dah lama rasanya x update blog kan?
asyik tenggelam timbul je.. hehehe
sori.....
masa tak bg utk update
(^_____^)

Alhamdulillah....
Allah makbulkan doa saya untuk jejak kan kaki ke RUMAH ALLAH.
syukur sgt.
keputusan nk menunaikan umrah tanpa pikir panjang...
terus je setuju...
Alhamdulillah.... ALLAH bukak kan hati saya untuk ke sana...

dalam post sebelum ni..wishlist tahun 2013 saya ada listkan impian2 saya..
Syukur Alhamdulillah...
kalo kita niat yg baik2 , ALLAH akan mudahkan permintaan kita.

syukur sgt2..

ini Just intro je...
;)
nanti saya akan updatekan story 11H/10M sepanjang kat sana ya..

just wait!!!!

 Assalamualaikum
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...