:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, August 15, 2014

Kandungan anggur (molar pregnancy)

REPOST FROM 2011

Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah.
Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

APABILA seseorang itu disahkan mengandung pastinya bagi yang amat mengingini kelahiran cahayamata akan menyambut berita itu dengan perasaan gembira.
Naluri seorang bakal ibu tentunya mengharapkan agar kandungannya sihat sehingga tiba waktunya bersalin.


Begitupun, ada kalanya kandungan yang diharapkan selamat dilahirkan, tetapi tidak menjadi manusia, sebaliknya menjadi anggur pula. Fenonema sedemikian dinamakan sebagai 'mengandung anggur.'

Anggur?
Mungkin terbayang dalam fikiran segugus buah anggur di dalam rahim wanita.
 Di dalam perubatan perkara juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang aneh.

Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air.

Jika berbalik kepada sejarah kejadian manusia, Allah menjadikan Nabi Adam dari segumpal tanah dan dimasukkan roh. Kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai pasangannya dari rusuk kirinya.

Bermula dari itulah, manusia terus berkembang. Kejadian manusia seterusnya melalui wanita iaitu ibu, daripada nutfah atau air mani, bercantum dalam rahim. Kemudian nutfah akan diproses menjadi segumpal darah.

Apabila kandungan masuk bulan kedua ia bertukar menjadi janin dan kemudian alaqah. Selepas itu ia menjadi mugdah (bentuknya bagai segumpal daging dimamah). Ketika inilah ia melalui proses pembentukan organ-organ.

Kandungan di dalam peringkat alaqah, denyutan jantungnya boleh dikesan melalui proses scanning. Oleh kerana itu, apabila kandungan yang sepatutnya sudah berada di peringkat alaqah tidak dapat dikesan denyutan jantungnya,ia bermakna mengandung anggur.

Kalau dikaji salah satu kelainan yang berlaku ini dari segi perubatan, baka kromosom dan gen daripada pasangan tersebut agak luar biasa. Kemungkinan sewaktu percantuman benih berlaku kerosakan.

Kadang-kadang faktor pasangan yang terdedah kepada bahan kimia atau racun atau gas tanpa disedari boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga akibat jangkitan kuman virus yang tidak dikenali.

Ada andaian mengatakan ada makhlus halus mengganggu manusia ketika percantuman benih. Oleh kerana itu sewaktu bersetubuh, digalakkan mengikut sunnah Rasullulah saw dengan membaca doa terlebih dahulu.

Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

Di kalangan wanita yang mengandung anggur, mereka tetap mengalami loya dan muntah. Bahkan kadang- kadang pengalamannya loya dan muntah lebih teruk dari biasa.
Oleh kerana itu, apabila mengalami kelewatan haid daripada biasa, digalakkan untuk melakukan ujian air kencing. Kini peralatan mengadakan ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan 'home-test' yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya melalui ujian ultrasound mendapati tiada janin di dalam kandungan, ujian air kencing juga perlu dilakukan. Kebiasaannya dalam ujian air kencing mendapati hormon BHCG meningkat dalam darah. Keadaan sedemikian perlu diawasi kerana risiko terdekat ialah pendarahan paling banyak dan melimpah boleh mengancam nyawa.

Bagi wanita yang mengandung anggur, rawatan yang perlu dilakukan ialah melakukan D&C. 
Proses D&C juga perlu dilakukan sebanyak dua kali. 
Rawatan D&C kali kedua dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari rawatan pada kali pertama.
Proses D&C ini perlu dilakukan sebanyak dua kali kerana sel-sel kehamilan anggur ini berpotensi menjadi kanser rahim Chorio carcinoma. 
Bagi mereka yang pernah mengandung anggur, antara 5 hingga 10 peratus daripada mereka boleh mendapat kanser jenis ini.

Selepas melalui proses D&C pada kali kedua, pusingan haidnya perlu diawasi. 
Sekiranya kedatangan haidnya tiada selepas itu, ia akan membahayakannya, kemungkinannya ditumbuhi kanser tersebut.

Ketika itu ujian air kencing dilakukan, keputusannya akan positif. 
Ujian darah boleh dibuat untuk memastikan hormon BHCG tiada dan sel-sel kehamilan anggur juga tiada.
Suatu ketika dahulu sekiranya seseorang yang pernah mengandung anggur dan dirawat sebaik-baiknya dua tahun selepas itu baru boleh mengandung semula.

Namun, kini, selepas 6 bulan sudah boleh mengandung semula. Namun sebelum mengandung, pihak doktor perlu memastikan hormon BHCG dan sel-sel kehamilan anggur sudah tiada.
Namun, kanser Chorio carcinoma ini jika berlaku, ia boleh diubat dengan menggunakan ubat methrotrexe berbanding kanser jenis lain yang memerlukan kimoterapi.


Sebenarnya kehamilan anggur boleh berulang semula, namun pencegahan boleh dilakukan. Asid folik antara 5 hingga 10mg perlu diambil dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan untuk mengelakkan kehamilan anggur.

Gejala dan tanda (symptom) kandungan molar:

-Pendarahan dari faraj
-Loya dan muntah yang luar biasa
-Sakit tiroid akibat hormone berlebihan
-Hormone hCH yang tinggi
-Tiada degupan jantung atau tiada janin
-Rahim yang membesar dengan cepat
-Darah tinggi sebelum usia kandungan 24 minggu
-Keluar tisu yang berupa anggur dari faraj
-Ultrasounds menunjukkan ‘snow-storm effect’ dalam rahim.

Bahaya kandungan anggurOleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy.
 Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud.
Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui.
Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah.
Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.
Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?
Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.

Jenis kandungan anggur

-Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku.
Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini.
Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja.
Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu.
Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang.
Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggurBiasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-

Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.

Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-

Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi.
Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-

- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif.
 Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui.
Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid.
Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.

Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian
Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound.
 Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung.
Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound.
Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

Rawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.





p/s:: pagi2 lagi dah klik kat google & cari pasal Kandungan Anggur(molar pregnancy) nie.... kawan aku yg bgtau pasal kandungan ni....mula2 xpaham ape benda yg dia duk story kat tepon semalam...rupanya pasal kandungan ni.....Dia cite pasal adik kawan dia yg Mengandung...tp xde baby....mula2 aku pelik....apsal xde baby...nk tnye lebih2 xberani,so pagi2 smpai je opis,aku cr benda ni...excited nk tahu pasal2 pregnant nih....rupanya ada jenis kandungan ni....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, August 14, 2014

MASALAH AIR KUNING DIRUMAH????? Shaklee Get Clean Water Pitcher Penyelamat!





ni yang akan korang dapat bila beli one set water pitcher shaklee

penjimatan berbaloi-baloi dibandingkan harga penapis air dipasaran yang harga ribu riban.

 dah la harga mampu milik..portable pulak tu.

 senang nak angkut gi mana-mana.

RINGAN DAN MUDAH DIBAWA untuk travel, balik kampung, bawa pergi hotel..

so tak perlu risau lagi minum air tak bertapis kat hotel..dah lah air tadah kat toilet..erk..
 segan-segan jer tekak nie nak menelan..hehehe 

Bila beli Get Clean Water Starter Pack with Water Refill 3-Pack korang akan dapat : -

  • 1 filter + refill 3 pack 
  •  housing kit 
  •  pitcher 


 Nak beli secara asing pun boleh.
Tapi beli complete set ni lagi murah.

Next time hanya beli filter selepas filter yang dibekalkan dalam set ini habis diguna pakai.

 Satu filter ni boleh digunakan untuk menuras sebanyak 303 liter air atau dalam masa 4 bulan, mana yang terdahulu .

bila dah sampai masa nak tukar filter, korang hanya perlu beli filter jer. .
jangan risau, murah jer..
yg boleh guna untuk 1 tahun..jimat sangatttt..
compare pegi beli mineral water kat supermarket !! .

air kosong dengan Water Pitcher Shaklee bukan sahaja bersih, malah rasanya sangat enak. tak rasa macam air masak biasa.

 Kenapa mesti pilih water pitcher Shaklee ?? 

 •  Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

 • Disahkan oleh Persatuan Quality Air (WQA) dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!

• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!

• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama Pilihan Bijak!

• Hanya beberapa sen bagi seliter air

• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 

• Ringan dan mudah dibawa

• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

 Keistimewaan Shaklee Get Clean Water Pitcher

 SELAMAT :
 “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air.
 Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

 PILIHAN BIJAK :
 Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol.
Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

 HANDAL : 
 Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

 MESRA ALAM :
 Memelihara alam sekitar Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa.
Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

 BERMINAT??
 WHTPPS |PM 012-9498284 
MARJAN IBRAHIM 



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

STATUS SHAKLEE. HALAL KE? ADA KKM X?

Sijil Halal Shaklee 2014 untuk rujukan pembaca dan pengguna Shaklee.

Korang boleh dapatkan senarai Produk Shaklee yang disahkan halal menurut ISA, badan halal antarabangsa yang mendapat pengiktirafan JAKIM.

 SHAKLEE NI HALAL KE??? 

 Shaklee merupakan produk keluaran Amerika Syarikat.
Maka apabila dipasarkan di Malaysia, pokok utama masalahnya adalah status HALAL.
 Alhamdulilah ramai yang mengambil berat mengenai masalah ini kerana semakin banyak produk yang diragui status halalnya walaupun dihasilkan di Malaysia.
 Shaklee terdapat di pasaran seluruh dunia dan mempunyai rangkaian produk yang banyak.
 Jika berkesempatan berkunjung ke negara jiran, Singapura pasti Korang akan berjumpa dengan produk Shaklee yang tidak terdapat di Shaklee Malaysia.

 Kenapa??
 Ini kerana tidak semua produk Shaklee Worldwide itu halal dan hanya yang mendapatkan status HALAL sahaja dipasarkan di Shaklee Malaysia.

 kat bawah ni Sijil HALAL terbaru bagi tahun 2014 .
 Dikeluarkan pada 27 JANUARY 2014.






Dengan ini Korang tidak perlu was-was atau ragu-ragu lagi dengan status halal produk Shaklee.

 Di sini saya senaraikan semua Produk Shaklee yang mendapat status halal dalam Sijil Halal Shaklee 2014 yang diperakui sah oleh JAKIM


  •  Advanced Joint Health Tablet 
  • Alfalfa
  •  B-complex 
  • Carotomax 
  • Chewable C
  •  Cinch Tea 
  • Cinch Vanilla 
  • Cinch Cafe Latte 
  • Cinch Choc 
  • CoQ Health Plus 
  • ESP 
  • DTX Complex 
  • Garlic Complex 
  • GLA Complex 
  • HerbLax 
  • Lecithin 
  • Mealshakes 
  • Nutriferon 
  • Omega Guard
  • Ostematrix 
  • Performance Drink 
  • Pepperming Ginger Plus 
  • Sustained Release Vita-C Plus 
  • Vita-E Complex 
  • Vita-Lea 
  • Vita-Lea For Children 
  • VIVIX 
  • Zinc Complex 

Sekiranya Korang perasan Collagen Powder Shaklee tiada dalam list.
Jangan risau kerana status halal Collagen Powder Shaklee sedang berada dalam proses pengesahan oleh pihak ISA dan Collagen Shaklee tiada mengandungi bahan dari haiwan kecuali sisik ikan merah (red snapper scale).
Selain dari RSS, kandungan Collagen Powder Shaklee adalah merupakan tumbuhan dan vitamin.

   ADA KELULUSAN KKM TAK?? 

 ok... biarlah gambar yg berbicara....
siap dgn pic lagi.
 Dengan pic je pun dah cukup buat Korang semua faham kan??
So tiada keraguan lagi selepas ini..

 JOM Shopping Shaklee..


Kini Korang boleh menggunakan produk Shaklee Korang tanpa was-was.
Kesemua produk Shaklee yang kami nyatakan di atas telah pun mendapat pengesahan Halal oleh ISA dan status tersebut diperakui sah oleh JAKIM.

 Pastikan Korang mendapatkan produk Shaklee Korang dari Pengedar Shaklee yang berilmu dan berinformasi kerana Produk Shaklee perlu di ambil dengan cara makan yang betul untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

 Pastikan Korang kongsikan maklumat ini bersama rakan Korang yang lain untuk menjernihkan sebarang kekeliruan mengenai Status Halal Produk Shaklee.

 Terima kasih



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

KEPUTIHAN. NORMAL @ PENYAKIT?



Apakah itu Keputihan? 

Keputihan adalah gabungan cecair dan sel-sel (lendir) yang keluar berterusan melalui faraj anda.
Fungsi cecair yang keluar dari faraj itu adalah untuk membersihkan dan melindungi vagina.
Warna dan kepekatan keputihan itu berbeza – dari putih dan melekit kepada lutsinar dan berair di antara tempoh haid anda – kira-kira bersamaan dengan peringkat kitaran haid anda.

 Sedikit jumlah cecair yang keluar adalah normal. Walau bagaimanapun, jika keputihan anda mempunyai bau yang luar biasa dan rupa, atau diiringi dengan gatal-gatal atau sakit, ia boleh menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. (mayoclinic.com)

 Pemakanan juga menyumbang kepada terjadinya keputihan. Mengikut petua tradisi orang tua, wanita yang mengalami keputihan yang teruk dinasihatkan untuk menjauhi timun, nenas dan sengkuang (aih, semua feberet saya tu).

Tetapi bukanlah tidak boleh makan langsung, cuma kena KURANGKAN sahaja.

 Jenis-jenis warna Keputihan 

Putih: 
Pekat, keputihan yang berwarna putih adalah biasa pada awal dan akhir kitaran haid anda.
Keputihan ini adalah normal dan tidak diiringi dengan kegatalan.
Jika anda mengalami kegatalan, ini menunjukkan terdapatnya jangkitan yang disebabkan oleh yis.
Jelas (lutsinar) dan elastik: Ini adalah petanda bahawa itu adalah hari subur anda.

Jelas (lutsinar) dan berair: 
Berlaku pada masa di luar haid anda dan boleh menjadi banyak terutamanya selepas bersenam.

Kuning atau Hijau:
Menunjukkan jangkitan, terutamanya jika pekat atau clumpy seperti keju kotej atau berbau busuk.

Kecoklatan: 
Boleh berlaku sejurus selepas haid, dan ia hanya “membersihkan” faraj anda.
Darah lama memang kelihatan perang.

Tompok Darah / Kecoklatan:
Ini mungkin berlaku apabila anda alam tempuh ovulasi / pertengahan kitaran.
Kadang-kadang di awal kehamilan juga, pada hari haid sepatutnya datang, anda mungkin mengalami discaj tompok darah atau dicaj berwarna coklat.
Jika anda mengalami keadaan dan anda telah mengadakan hubungan seks tanpa menggunakan perancangan kelahiran, anda perlu segera melakukan ujian kehamilan. (www.pamf.org)

 Keputihan di kalangan wanita proses semula jadi
 Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita.
Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan golongan itu.

 Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.
 Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya.

 Statistik menganggarkan 75 peratus wanita sudah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual.
 Penggunaan produk intim bertoksik seperti sabun, syampu dan gel mandian turut menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada di dalam faraj wanita.

 Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.
 Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.

 Proses Semula jadi Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan.

 Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita.
Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah wanita.
 Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen.

 Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.
 Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat.
Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.

 Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan keletihan yang amat sangat.
Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan. Implikasi keputihan

 Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal.
Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan.

 Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.

 Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis.

 Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan.

 Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan. Ganggu hubungan seks Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman.

 Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam.
 Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.
 Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim.
 Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya.

 Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu wanita boleh mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.

 Untuk masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain kapas dan sedikit longgar.

 INFO 

 * Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.
 * Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
 * Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
 * Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.
 * Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.
 * Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
 * Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
 * Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.

 Shaklee menawarkan dua produk yang bagus untuk mengatasi masalah ini ;

Alfalfa Complex dan GLA Complex.

 ALFALFA BOTOL KECIL 330 BIJI = RM 53
ALFALFA BOTOL BESAR 700 BIJI =RM 92
 GLA COMPLEX = RM 91




 DAPATKAN HARGA DISKAUN DGN SY
NAK ORDER???



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

KORANG YANG MANA SATU???

 JOM KITA TENGOK2.

KORANG YG MANA SATU?

JAN NO 12 SEBAB ANAK NO 12.HEHEHE

PENYABAR & MENGADA???

KORANG PULAK?
JOM SHARE2.




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kawin itu mudah kalau kita mudahkan!

1/3/2014
tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
 tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya "mu nak nikah tak harini?" suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.

ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"

ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"

ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat" dan paling best family mertua aku semua sokong,

ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan?

 mudah sangat kalau kita mudahkan.

inilah kisah bertunang sesaat ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

 Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

 10/5/2014
alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah, sempoi tak baju nikah aku pertama aku?

, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,

insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

*update: 10/5/2014
nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia




Dipetik dari ~ Mira Pak Nasir


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

pencuci muka NutriWhite SHAKLEE yg sgt best!


 Gentle Deep Foaming Cleanser.


 BERITA BAIK UTK MEREKA YG DUK CARI2 PENCUCI MUKA YG BEBAS DR BAHAN KIMIA DAN SINTETIK BAHAYA,YANG PENTING SELAMAT.

 MEMANG SELAMAT UTK KULIT MUKA KITA

 Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII.

 dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.

 ♡Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih

 ♡Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan

 ♡Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan

 ♡Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen

 ♡Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas

 APA YG ISTIMEWANYA PENCUCI NI???

 ♡ BEBAS DARI BAHAN KIMIA
 ♡ SELAMAT
 ♡ SAIZ 150 ML  (ADA YG PAKAI SETAHUN XHABIS,  GUNA SEKECIL KACANG HIJAU JE )

♡ TIADA BAU WANGIAN

NAK ORDER?
BOLEH WHATPPS JAN


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kombinasi Vitamin Shaklee Untuk Kulit Cantik Dan Gebu

Semua orang impikan kulit yang cantik dan gebu kan?.
Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran.

Jom kita kenali kombinasi vitamin Shaklee yang boleh bantu kita cantikkan kulit kita bermula dari dalam sehingga luaran.
Bersih & sihat dari dalam tu sgt penting.

Ramai yg tak tahu nak ambik yang mana satu.

okay, jan akan suggest utk korang
tapi korang boleh bajet2.

Ada 3 kombinasi  vitamin Shaklee utk cantik dan hebat untuk kulit kekal cantik dan gebu

1)  B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E.





B-COMPLEX (120BIJI)
  • Sebagai pelembap
  •  Mencegah pigmentasi 
  • Melambatkan tanda penuaan 
  • Mengubati jerawat 

VITAMIN C PLUS (180 BIJI)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya 
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit 
  • Mencerahkan kulit
VITAMIN E COMPLEX (120 BIJI)

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit 
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu 
  • Menjaga kelembapan kulit 
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C 
(TAHAN 4-5 BULAN)


  •  Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus 
  • Mencegah penuaan 
  • Menjadikan kulit lebih kenyal 
  • Mencerahkan kulit 
  • Menjaga kulit dari sinaran UV 
  • Mengurangkan parut jerawat 
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya 
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan 
  • Menjadikan wajah lebih berseri


TESTIMONI 








BERMINAT???
BOLEH WHATPPS JAN YA.



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, August 13, 2014

Arwah & Kucing2nya

Kisahnya T.T

 Sunazrah Saleh

 "Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yg lalu. Arwah mmg sygkan kucing. Dah berpuluh2 kucing yg dia jaga. Kebanyakkan kucing yg dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang.

Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair... kami xkasi dia bela kucing lagi. Tp mmg kami xboleh pisahkan kasih syg dia dgn kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia. Mesti dia panggil bg makan..

 Kalau bawak arwah pergi kedai makan mesti ada kucing dtg dekat arwah. sampai kitaorg sll ckp kat arwah... bau abah ni kucing suka kot..

sebelum ni ada seekor kucing yg paling arwah syg tp dah kena curi.. Dulu semasa kami tinggal di wangsa maju section 1. setiap kali azan arwah mesti pergi kesurau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar dia ikut iring balik.. begitulah rutin hari2.. tidur pula hujung kaki arwah.. sampailah kucing tu hilang kena curi..

 Terlalu byk kisah2 menarik arwah dgn kucing 2nya jaganya.. dan kebanyakkan hilang kena curi. Sbb arwah xsuka sangkar kucingnya. Sbb dia tak suka kurung kucing.

 Kejadian di tanah perkuburan tu mmg kami 1keluarga terperanjat jugak. Seekor kucing yg kami tak pernah nampak sebelum ini ada dipusara arwah.

Td saya cuba singgah nak tgk.. rupa2nya kucing tu ada lagi kat situ. Saya ada bertanya pada ustaz kejadian tu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ni dulu tapi kita mungkin tak tahu.. ataupun ada maksud lain yg tersirat utk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorg hamba allah pada kucing sepanjang hayatnya.

WAALLAHUALAM



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Perbezaan NutriWhite Shaklee dan Enfuselle Shaklee

Ramai yg tanya tentang Set SkinCare Shaklee & apabeza antaranya

Terdapat 2 pilihan iaitu Nutriwhite dan Enfuselle.

 APA PERBEZAAN NUTRIWHITE DAN ENFUSELLE? 

 Set Nutriwhite 
lebih sesuai untuk kulit yang normal dan tidak mempunyai masalah jerawat yang serius.
 Keseluruhannya ia lebih berfungsi kepada rawatan mencerah / meratakan ton kulit.

 Set Enfuselle 
 Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, terlalu kering dan sensitif.

 Set Enfuselle mempunyai 2 kategori iaitu:


  •  normal to dry skin 
  •  normal to oily skin





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Set SkinCare Nutriwhite Shaklee Untuk Kulit Tidak Bermasalah

Sekiranya.........
 ✔ Anda tiada jerawat 
✔ Mempunyai jenis kulit yang normal (tidak terlalu kering) 
✔ Berminyak di zone T 

 Set NutriWhite adalah untuk anda! 
 NutriWhite dihasilkan daripada 16 nutrien botani yang kuat untuk membantu menghasilkan kulit yang lebih cerah. 
NutriWhite juga dihasilkan oleh para saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan di Amerika Syarikat. 

Set NutriWhite bertindak dengan 5 KAEDAH

 ➀ Menghalang kesan sinar cahaya matahari dan UV yang boleh merosakkan kulit

➁ Mengurangkan pigmen gelap dalam kulit untuk mengurangkan kulit kusan

➂ Menyekat pigmen gelap dari muncul pada lapisan atas kulit membentuk tompok hitam

➃ Mencerahkan kulit dan kulit wajah lebih sekata

➄ Memperbaharui sel-sel yang telah mati dan menghasilkan kulit yang lebih cerah

 Apakah perbezaan NutriWhite dengan produk kecantikan lain? 

✿ Dihasilkan oleh pakar-pakar kecantikan dan penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
✿ Ujian menyeluruh dijalankan untuk memastikan kualiti produk
✿ Ramuan gabungan yang sangat optimum
✿ Selamat
✿ Berkesan
✿ Mengandungi 16 nutrien botani yang kuat untuk membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit yang lebih cerah

Apakah 16 ramuan botani tersebut? 
 ⚘ Bearberry ➻ Melegakan dan mengurangkan keradangan 
⚘ Soybean ➻ Mencerahkan, melembutkan, mengurangkan tompok 
⚘ Skullcap ➻ Mengurangkan keradangan dengan flavonoid 
⚘ Beech Tree ➻ Meningkatkan proses semulajadi, menegangkan kulit 
⚘ Strawberry Begonia ➻ Mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi 
⚘ Mulberry ➻ Mencegah kerosakan matahari 
⚘ Peony ➻ Mencerahkan dan melembapkan 
⚘ Rosemary ➻ Menegangkan kulit 
⚘ Aloe Vera ➻ Melegakan keradangan 
⚘ Mountain Arnica ➻ Mengurangkan keradangan dengan flavones 
⚘ Cat's Claw ➻ Menyegarkan dengan cotechin 
⚘ Kudzu Leaf and Roots ➻ Menegangkan dengan isoflavones 
⚘ Linden ➻ Menyuburkan dan menghidrat 
⚘ Marshmallow ➻ Melembapkan dengan tanin 
⚘ Seaweed ➻ Menegangkan kulit 
⚘ Green Algae ➻ Detox dan melembapkan


Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee

 1. Gentle Deep Foam Cleansing

2. Soothing Radiance Whitening Softener

3. Daily Defense Whitening Essence

4. Ultimate Protection Whitening Lotion

5. Overnight Renewal Whitening Cream

6. Gentle Action Makeup Remover

7. Spot Whitening Treatment



NAK SET BAJET???
BOLEH JE.
|
|
|


TESTIMONI SET SKINCARE NUTRIWHITE






NAK ORDER?
BOLEH TERUS WHATAPPS JAN YA



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Set Skincare Shaklee untuk Kulit Berminyak / Berjerawat


Ramai antara customer Jan yang ada masalah kulit berminyak / berjerawat duk cari-cari produk skin care yang sesuai untuk mereka.

 Sebelum mencuba apa-apa produk, korang mesti tahu jenis kulit korang.
 Ia sangat penting kerana kebarangkalian tersilap menggunakan set skin care adalah amat tinggi jika korang tak tahu jenis kulit korang

 Kemudian mulalah menyalahkan produk, sedangkan korang yang gagal mengenalpasti jenis kulit korang sendiri.

Yang penting set skincare korabf tu bukan dr bahan kimia. BAHAYA!!

 Jom Kenali Jenis Kulit Berminyak / Berjerawat 

1. Kulit muka terasa segar dan selesa bila dicuci dengan pencuci muka atau air biasa.

2. Kulit muka terutamanya bahagian hidung kelihatan berminyak pada waktu tengahari.

3. Kulit muka terasa segar selepas menggunakan toner.

4. Kulit muka kerap ditumbuhi jerawat, begitu juga di bahagian belakang badan.

5. Kulit muka terasa sangat berminyak semasa menggunakan krim malam.

6. Bahagian hidung terdapat banyak white head dan black head.

 Kalau korang mengalami simptom-simptom di atas, ini bermakna kulit korang  adalah jenis berminyak / berjerawat.

 Korang boleh cuba set skin care untuk kulit berminyak / berjerawat Enfuselle Shaklee .




1. Purifying Cleansing Gel (177ml) 
HARGA PASARAN ; RM88.75

Pencuci muka yang lembut, menyingkirkan minyak kotoran dan kesan mekap di kulit wajah, mencerahkan kulit dan memberi PH yang seimbang kepada kulit wajah.

 Cuci di bahagian muka dan leher anda selama 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Elakkan membilasnya dengan air suam water heater kerana ia boleh membesarkan pori-pori kulit wajah anda.

 2. Purifying Toner (177ml) 
HARGAPASARAN: RM78.75

 Menghentikan kerosakan Pro-Oksida, meneutralkan sel-sel kulit rosak akibat air yang paip yang kotor, menyegar dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengurangkan kulit berminyak.

 Titiskan beberapa titik toner di telapak tangan kemudian tepuk-tepuk perlahan ke kulit wajah anda. Pastikan tangan anda telah dicuci terlebih dahulu.

 3. Balancing Moisturizer (48g) 
HARGA PASARAN: RM83.75

 Menyubur, melembabkan dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah anda.
Menjadikan kulit wajah anda halus dan tidak berkilat.

 Sapu nipis di kulit wajah anda pada waktu siang dan malam.

 4. Eye Treatment (14ml) 
HARGA PASARAN:RM52.50

 Mengurangkan garis-garis halus disekitar kawasan mata anda, mengurangkan kesan lebam dan eye bag di bawah mata.

Sesuai juga digunakan di bahagian leher dan mulut.

 Harga Pasaran Set Skin Care untuk Kulit Berminyak / Berjerawat Enfuselle ialah RM303.75 sahaja.

Nak harga istimewa boleh wasap JAN 0129498284

TESTIMONI SET ENFULLSE 




NAK ORDER???
HUBUNGI JAN 



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Nak kurus dengan sihat?

Jom kurus dengan cara yang sihat!!

 Lecithin Shaklee yang mempunyai pelbagai kelebihan.

 1- lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

 2- lecithin memecahkan lemak dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

3- lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

 4- lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.

 5- lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.

 6- lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.

 7- lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru-paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation. 

8- lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).

 9- lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi badan kita.

 10- lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.


BOLEH TERUS HUBUNGI JAN
0129498284 
WASAP/WECHAT/BEETALK

NAK COD?
AREA TAMAN PELANGI SEMENYIH/ TESCO SEMENYIH


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, August 12, 2014

-Jodoh di Tangan Allah- [[ NasiHat Utk dirI seNdIrI ]]

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh..lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau makmembalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. .

Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "Redha.

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukanyang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...



-amekla pengajaran dari citer ini okeh-



jOdoh itu RahsIa ALLAH......






boleh tak nk yg maCam BrunO Mars? (^_^)
walaupun dia x hensem...tp dia sgt sweet!!

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...