:: Mereka2 Yang CooL !!::

Tuesday, September 20, 2011





We have TWO Friends in this Life.

1- ALLAH

2-Those who remind you of ALLAH



nota kaki: hanya ALLAH sahaja lah Sahabat kita yg terbaik...
sahabat yg boleh kita percaya untuk luah segala2nya...
Luahkan saja masalah kita pada ALLAH. Insya ALLAH hati akan tenang...
Bila kita dekat pd ALLAH, Insya ALLAH, ALLAH akan dekat pada kita.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

KantOi Fida [Kasih ALia]..

ni aku dapat dr blog kawan aku..Dayah
ishh...bila aku tgk gambar ni...
macam2 pk...
mula lah dah x minat nk tgk cite Kasih ALia....
nasib baik lah minggu ni dah last Episod...

ce korang tgk sape yg "tukang" ambik gambar tu...
MAMAT SEPAH wooooo!!
aku siap wat bulat lg tu....

depan lelaki bukak tudung....
eerrrmm..
entah....xmau komen byk...
ari ni aku puasa..
hehhehhe
=)






nota kaki: Artis masa kini....=)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!



Everybody Can Do Something For You,
But,
Only Someone Can Do Anything For You.
Dont Miss Those Persons ,
They Wil Always Be Precious In Your Life...
♥

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, September 19, 2011

Majlis Perkahwinan Eira Syazira Dan Azad Jasmin

SUMBER: Beautiful Nara





alahai.............
swiiiiitnyeeee.....




sangat2 cantik!!!



Merah putih...
Kaler Paveret aku.........

aiiisshhh......
bila lah nak sarung cincin macam ni nih...?
(^_^) .

Nota kaki: cantik lah Photographer dia shot gambar ni....
ni link dia....
G.I Photoshoot ... mesti mahal kan..?hehehhee


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Open House oh Open House!

Sabtu~ 18.Sept.2011
Beraya umah OpenMate ~ Faris
kitorang punya Despatch....
Alamak...lupa nk ambik gambar dia...hehhehe
ni je gambar dia yg ada...gambar ms dia dtg kt department kitorg...hahaha


Faris ni budak je lagi....
budak baik...& nakal...hehhe
dah ada awek...=P


sabtu tu mmg jauh perjauh perjalanan lah...
dari hujung selangor hingga lah hujung selangor kitorng beraya...hehhee
ye lah...
umah si Faris kat Bandar Putra Height...
Umah zetty plak kat Ukay Perdana...
campur ngan Jammed....
campur ngan naik tangga umah zetty yg tingkat 5...
hahahhahaa...
[macam lah x biasa naik tangga...padahal umah aku pn,tingkat 5 jugak...tp kadang2 lah aku naik tangga...hihihi...~~ camne nk kurus ni????huhuhu]
so time tu tOgether-gether lah ngan budak2 opis yg lain beraya umah diorg....

& Thanks to Kak Ida sbb sudi Menumpangkan Jan...
selalu sgt menyusahkan kak ida.... huhuhu
sori kak... nnti Jan akan berusaha cari "driver" Jan ye...(^____^)



with Mai @ Umah Faris....

Kat Bandar Saujana Putra

With kak Ida & her sON.....
IKRAM

Wanita2 yg sgt2 Gojes.......
Iza,Mai,Nadia & Nad

Nana & Mas


jeng..jeng..jeng....!!!
Kami semua kat Umah Zetty............

Thanks Zetty & Dhania sbb makanan yg Best!!


nota kaki: teringat kata2 mai...." Jan,nnti jan kawen,jgn lupa buat makan2 macam ni tau..." (^_________^) hehehhe...kelakar pun ada.....Mai...mai....
jgn la cakap gitu...lambat lagi jan nk kawennya...Calon pun xnampak2 lagi....HUhuhu...
Tunggu Jan kawen dulu...Jan mmg akan buat Makan2 gini....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Maksud yg tersirat....



✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,

✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,

✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,

✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,

✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,

✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Majlis Persandingan Ashraf Muslim Dan Dayana





Ok....
Fine.
Diorg mmg sepadaN..
Sgt Cantik.
FRUST...
(T_T)
sob....sob...sob


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, September 15, 2011

✿Wanita ✿

✿~ Siapakah wanita cantik itu ?


✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .



Dan, Jadilah wanita cantik itu :)






nota kaki: Dan.....Saya lah wanita Itu.....hehee (^_^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Amaran untuk pengguna kereta Perodua Myvi..

sumber: dari email





Bonet depan Myvi memang senang untuk dibuka bagi dorang yang tahu caranya..Dan ini akan mengakibatkan komponen enjin kereta korang dicuri contohnya seperti bateri dalam video kat bawah ni...

Khabarnya, masalah ni dah ada penyelesaiannya tapi korang kenalah kunjungi Pusat servis untuk upgrade kereta korang dan dikenakan labour charge..

So.., berhati-hatilah kepada semua pemilik Myvi.. Nanti tak pasal-pasal korang berpeluh tak boleh start enjin tanpa sedar bateri korang dah kena cilok..




MYVI SE SESUAI JADI KERETA MAYAT?




Saudara Pengarang,

SAYA berbangga kerana menjadi salah seorang pemilik kereta buatan Malaysia, Perodua MyVi SE dan didaftarkan nombor plat SD 4481 E, namun kemalangan di kilometer 50, Jalan Matupang Ranau pada jam 4 petang, 9 Mei 2011 lalu telah mensirnakan kebanggaan saya selama ini.

Tidak tahu di mana silapnya, ketika kemalangan tersebut ‘Airbag’ kereta MyVi SE tidak keluar walaupun saya terlanggar tepat-tepat bahagian hadapan kereta itu, mujur saya tidak mengalami kecederaan serius.

Saya ada menghubungi ‘Careline’ Perodua, tetapi mereka kata airbag hanya keluar apabila berlaku hentakan tepat di bahagian hadapan kereta saya. Saya benar-benar bingung kerana anda boleh lihat sendiri bagaimana teruk hentakan kereta saya di dalam gambar yang disertakan.







Sekarang saya berasa was-was untuk mengunakan kereta tersebut yang saya beli dengan harga RM55,000 (dikatakan ‘Special Edition’) kerana dilengkapi dengan ‘Airbag’ tetapi kelihatannya langsung tidak berguna.

Kawan saya sempat berseloroh dengan mengatakan, “Kita padam (mati) dulu baru airbag terbuka!”. Benarkah begitu?

Sebagai pengguna dan peminat Perodua MyVi SE, saya merasa tertipu hidup-hidup dengan kereta yang saya beli itu. Semenjak saya beli kereta itu tersebut, saya tidak pernah ke Pusat Servis lain selain dari pusat servis produa di Lahad Datu.

Semoga Sabahkini.net dapat mengemukakan masalah saya bagi membolehkan Perodua tidak berdolak dalih dan bertanggung jawab terhadap keselamatan kenderaan keluaran mereka yang tidak ubah seperti ‘Kereta Mayat’.

Salam Hormat,

S GAZALY BIN AHMAD




nota kaki: MyVI kereta idaman aku....errm....so kena pk byk kali before beli ni... beli kereta lain je lah..

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Putus CINTA / Penceraian anugerah ALLAH



Pernah merasa putus cinta?
Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS!
Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.

Cuba kita tanya,

“Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita?
Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”

Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,

Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna.
Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
Bro Razzi tahu tu, sebab itulah yang I lakukan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini.
I berkongsi kegagalan dan kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang I face myself, friends, and peoples around me…

Tentu saja I sedih bila putus cinta.
Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya,
kebahagiaan itu…
is speechless!

“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”

Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,

“Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”

Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?

In my humble opinion,

Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t

“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”

Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya,
“Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!”
–I don’t believe in that!


NOPE!
Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak?
Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu.
Tiada short cut dan jalan mudah beb…

Sama lah juga di dalam persoalan ini,
kalau yang baik dapat yang baik…
apa yang dia orang boleh belajar?
Kalau yang jahat dapat yang jahat…
semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,

“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”

Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN,
Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku.
Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar?
Not so much.
Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu…
nothing laaa… that’s NOT LIFE!

Thats why selalunya,

Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup!
Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.


Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…

“Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?”

- Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.

Si isteri juga kehairanan…

“Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?”

- Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman.

Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…

Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…
iaitu melalui cabaran dan dugaan.

So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses.
Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah.
Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, - which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! sehingga di lain waktu…

kredit: RazziRahman.com

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!


In time of test,
Family is best!



FRI(END),
BOYFRI(END),
GIRLFRI(END),
BESTFRI(END)............

Everything Has An END

Except......

FAM(ILY) <= it Has (I LOVE YOU)

So,....... Familiy FIRST! (^_^)


Nota kaki: Rindu arwah Mak & arwah Chek
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!



Airmata adalah luahan hati yang tak terucap dek kata-kata

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, September 14, 2011

Jom BelaJar edit Gambar

ni lah hobby aku...
Mengedit2 gambar....
snap2 gambar~ tu lah keje aku..tapi xmampu pun nk beli dslr lagi...
kebyakan gamabr yg aku snap ni,aku guna camera compak biasa je... Brand canon..
aku mmg suka Brand canon...

kebykan gambar2 yg aku edit2 ni aku guna:

1- Picnik.Com ~ yg ni korang boleh guna online...
memang best jugak lah...








2- Photoscape ~ yg ni pun aku suka guna....
byk benda yg aku leh buat kat sini..
mula2 tu..akuy lgsg x reti nk guna...
godek punya godek...reti lah sikit2...
tp x pro lg lah...













3- Photoshop CS5~ yg ni aku br je study ngn anak buah aku..hehe
yg ni aku x reti sgt.... tp just sikit2 je lah....
aku pun br study kat cd..ari tu anak buah aku bg cd pasal CS5 ni...
tp x hbis khatam lg..hehehe...











so, kalo mengedit2 gambar,aku akan combine 3 benda ni..hehe..Leceh kan?
tapi aku suka...! sbb bila combine 3 benda ni...kualiti gambar tu nmpak cantik... (cantik bg aku je lah...tp xleh lawan photographer2 lain...hehehe) tapi ape2 pun..satu kepuasan lah!!!

korang kena cuba tau....
aku suka kongsi2 ape yg aku buat...
actually,dulu ada lah "kawan" aku...
dia pun suka ngedit2 gambar ni... tp dia lgsg xmau share ilmu dia... bila aku tnye dia kat mana dia ambik software tu...dia xnk cakap...dia cakap mahal... aisshh..time tu aku mati2 lah percaya... tp bila aku godek2 kat intenet,aku jumpa satu software ni...aku godek2 lah...main2 kat software tu...sekali bila edit gambar...macam yg kawan aku edit tu...Ceeeehhh.... Mahal konon... padahal download free je...
ala....xnak ajar,cakap je x nak ajar....

so,korang...korang jgn lah kedekut ilmu yee....xbaik...
apa yg kita tau,kita kena share ngn org.... xluak pun...kan?

sELamat meNcuba!!!
(^___________^)































notakaki:: ni separuh je...errrmmm...tak lah cantik sgt pun......
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Jaga Mulut kita...

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tERingat zaman remaja yg nakal..terlampau nakal dulu....
pnh cakap ngn kakak ayat macam kat atas tu.. [alhamdulillah...rasanya ngn arwah mak & arwah ayah xpnh kot ayat ni terkeluar dr mulut aku...]

bila dah meningkat tua dewasa ni...
baru aku tahu...sebenarnya xelok perkataan ni keluar dr mulut kita...
kalu boleh,jgn lgsg keluar perkataan ni...

semoga ALLAH ampunkan dosa2 aku dulu.....

kat sini aku nk share satu benda..
yg aku dapat dr rakan FB aku....
sape2 nk share pun boleh...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”

INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"



Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA"...






nota kaki: apabila kita kongsi tentang hal2 agama,tak bermakna kita ni alim sgt2.... just nk bgtau...aku pun macam org lain...masih perlukan bimbingan agama dr orang2 sekeliling.... sekurang2nya apa yg aku share ni, boleh bg aku pengajaran..... Insya ALLAH..
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Chris Medina - What Are Words (lyrics)



~Lyric~




Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight
And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most
What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
I'm forever keeping my angel close



nota kaki: Sedih. (T_T)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sanggupkah anda? [Kisah Cinta sejati Chris Medina & Juliana Ramos]


By this time, I’m sure ramai sudah mengetahui tentang kisah cinta Chris Medina kan?



Inilah Chris Medina & beautiful Juliana Ramos

Jika anda tidak tahu atau tidak kenal Chris dan tunangnya Juliana, well…Chris adalah salah seorang peserta yang audition untuk American Idol this year tetapi kecundang diperingkat saringan. Dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik.

Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007.


Pic dari Video sewaktu Chris melamar Juliana, mereka kelihatan really in love!

Pada 2 Oktober 2009…hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. Kepalaanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. Namun, dia terselamat akan tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma. Seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu.



Ini wajah Juliana selepas 2 tahun kemalangan, Chris masih bersamanya!

Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Baik wanita maupun lelaki. Ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh.

Sedangkan dia boleh kalau mahu pergi kepada wanita lain. Dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya.
Tetapi, Chris TIDAK melakukannya!

Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! Bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. Dan kerana itu, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana.

Persoalannya di sini…

Sanggupkah anda menjaga pasangan anda yang tiba-tiba berubah menjadi cacat?
Lumpuh? Dan sudah tidak berupaya melakukan apa saja?
Sanggupkah anda menjaga makan, dan minumnya, menyuapnya setiap waktu makan?
Sanggupkah anda memandikannya, membersih kencing, dan segala najisnya? TANPA mendapat apa-apa dari pengorbanan anda itu?
Sanggup kah anda mengotakan janji anda, kata-kata anda yang cinta, sayang, kaulah segala-galanya, you sorang je lah yang I cinta sampai bila-bila…
SANGGUP?
Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan.
Ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik.
Ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan…

Tidak mengira anda lelaki, maupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. Cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana…
jangan hanya baca dan mengalir air mata…..........
tetapi selaminya, rasainya…


Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak.

Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana…menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu…sudah memadai.

Dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! Segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil… Ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan bercinta ini.

Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. Melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih… namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!” – Bayangkan lah… anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun tidak… as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala.

Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab… “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ” – dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube.
Watch here and listen to the words and feel the story… WHAT ARE WORDS


PESANAN PENTING…

Masih ada lelaki/Perempuan yang baik di dalam dunia ini.
Jangan cepat putus asa dengan cinta hanya kerana 2-3 kali gagal dan dikecewakan. Jangan pula taksub hanya pada seseorang itu saja lah yang terbaik tiada lagi orang lain.
KERANA, satu anda jumpa yang terbaik, PASTI akan ada ramai lagi yang lebih baik.
Itu sudah lumrah alam…

“One door closes another one opens, kita hanya perlu menerima kekalahan, kegagalan dan menukar arah untuk berjaya di jalan baru, hidup baru…dunia baru, revolusi ku!”

p.s : My personal note to all – Jangan berkata cinta, jika tidak terpijak di jiwa nyata…feel it, embrace it…then only say it! If not…forget it!



Kredit : Blog Razzi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ni Youtube yg aku Cari tadi....



SERIUS.
aku menangis…
menangis tgk video ni...
kadang2 aku pikir,
masih ada lg ke lelaki setia,yg baik yg macam ni kat MALAYSIA…?
mampu ke aku jaga jika seseorg yg bernama suami lumpuh macam ni suatu hari nanti?
mampu ke dia jaga aku jiwa satu hari nanti aku sakit,lumpuh macam ni?
YA ALLAH,jodohkan aku dgn seorang lelaki yg dapat membimbing aku je Jalan-MU.
sbb aku tahu...aku bukan lah baik sgt....


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Fokus.




Assalamualaikum..

Tak tahu nk post apa kt blog ari ni...(^_^)
sbb ari ni busy sgt2....
nk kena siapkan Transcript students...
so..FOKUS..FOKUS.. & FOKUS...

Jom Kita bekerja....!!

bekerja dgn ikhlas...
tanpa merungut...
insya ALLAH akan ada rezeki lain...=)

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, September 13, 2011

Betul ke… Wahai Wanita??



Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan


Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?


Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?


Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya


Tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri,

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu


MashaAllah, hebatnya perempuan kan?


kenapa perempuan hebat?

Sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat


Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,


sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Tak kan?


hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni,


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


x adil lagikah Allah dekat perempuan?


oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?


nota kaki: YA ALLAH....syukur Alhamdulillah....di lahirkan sbg seorg Perempuan...
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, September 12, 2011

Tanda hitam pada dahi bukan petanda soleh, alim dan warak

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).” [48:29]

Ayat Quran di atas bukan dalil untuk mengatakan bahawa tanda hitam di dahi seseorang muslim itu adalah orang yang soleh, alim mahupun warak. Ia adalah kerana soleh, alim dan warak ini ditentukan oleh ilmu, iman dan taqwa dalam diri. Adapun tanda yang terdapat pada sesetengah orang ini adalah kerana mereka adalah orang yang kuat solatnya (ibadah) atau lama sujudnya (ahli sujud). Namun kita tidak boleh mengagungkan atau memperlekehkan orang sebegini kerana mereka adalah makhluk Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam hidup (bukan maksum).


Dan tak semestinya juga orang yang kuat solat atau lama sujud itu akan berbekas pada dahinya. Mungkin juga ia mengikut kepada keadaan kulitnya bagaimana, adakah lembut, keras dan sebagainya. Ini semua adalah kehendak Allah. Walau apa pun harus dibetulkan persepsi masyarakat bahawa tanda hitam pada dahi itu tidak boleh membuatkan seseorang itu kagum dan mengatakan orang itu soleh, alim dan warak. Ketahuilah orang yang soleh, alim dan warak itu boleh dilihat pada wajahnya yang bercahaya. Namun sikap berbaik sangka dengan semua orang adalah dituntut dalam Islam.

Saidina Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah SAW, digelar As-Sajad disebabkan bila beliau solat, beliau sujud lama sehingga 30 minit pada setiap kali sujud dan ada tanda di dahi beliau, disamping karomah lainnya iaitu sentiasa berbau harum kasturi.

Alim, soleh dan warak itu letak dalam hati menerusi imannya, letak dalam percakapan melalui lidahnya, letak pada akhlak iaitu cara hidupnya, bukan pada dahi.


kEDIT tO: Mediasiber.com


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...