:: Mereka2 Yang CooL !!::

Monday, May 16, 2011

16.Mei.2011.SeLamat Hari Guru.



Selamat Hari Cikgu...
Buat kakak2 aku,abang aku & kawan2 aku....



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

New ScaLe...


Yeay!
beli penimbang baru..
so,tiap2 minggu leh timbang...
arap2 ada penurunan...
stakat ni baru 5 kg turun...
tapi pencapaian yg terbaik dah tu...sbb 5kg dlm masa sebulan...(^_^)
Tahniah Cik Marjan!!!
teruskan lagi!!!

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sunday, May 15, 2011

USAH SEDIH JODOH TAK KUNJUNG TIBA


Saya pasti ramai yang tertanya-tanya dalam hati, "Dimanakah jodoh yang telah Allah janjikan?" Apatah lagi andai usianya yang bakal atau sudah menjangkau ke tiga puluhan. Tidur pun jadi agak terganggu. Ditambah lagi bila orang sekeliling bertanya,"Bila nak makan nasi minyak ni?"

Impaknya hati rasa gelisah tidak keruan menanti-nanti jodoh yang tidak nampak lagi bayangnya. Mulalah membanding-bandingkan diri dengan orang lain yang sudah ketemu jodohnya. Adakah diri terus menanti dan menanti sambil berharap dengan cemas? Atau adakah kita akan melakukan sesuatu agar jodoh yang dijanjikan itu akan segera menyapa?

Ibnu 'Atha'llah As-Sakandari mengatakan:" BILA PENAHANAN PEMBERIAN ITU MENYAKITIMU, MAKA ITU HANYA KERANA KETIADAAN PEMAHAMANMU TENTANG ALLAH DI DALAMNYA". Ketahuilah penahanan pemberian Allah itu adalah untuk menunjukkan kepada kita akan sifat-sifatNya.Allah memperkenalkan diriNya kepada kita bahawa Dialah Yang Maha Berkuasa . Firman Allah swt dlm surah al-An'aam:18 yang maksudnya: "Dan Dialah Yang Berkuasa atas hamba-hambaNya".

Sejujurnya bila kita memahami hikmah di balik penangguhan itu maka penangguhan pemberian itu sebenarnya adalah merupakan pemberian tersendiri. Maknanya penangguhan dari Allah itu adalah suatu kebaikan selama mana kita pertahankan Islam dan Iman kita, hingga kita merasakan apa jua yang Allah lakukan terhadap diri kita menjadi satu kurniaan pula terhadap diri kita bukan lagi satu penderitaan. Bila begitu hati kita kan jadi senang dan lapang hasil terbit rasa syukur dan redha dengan bahagian diri kita yang telah Allah berikan di dunia ini.

Pun begitu kelembutan Allah tidak akan terlepas dari takdirNya. Sebab antara asma (nama) Nya adalah al-Lathif (Yang Maha Lembut), maka kelembutanNya itu selalu akan berhimpitan dengan takdirNya. Ini bermaksud tidak ada pemisahan antara kelembutanNya dan kekuasaanNya kerana al-Lathif dan al-Qadir adalah sama-sama namanya, Dialah Yang Maha Lembut lagi Maha Menentukan. Andai kita memahami hakikat ini, maka kita akan rasa puas dan lega terhadap takdir Allah, dan merasa tenang dan damai dengan kenyataan taqdir yang menimpa diri, saudara-saudara dan seluruh kaum muslim.

Bersangka baiklah kepada Allah tentang jodoh kita. Allah hanya menundanya saja, sehingga nantinya Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Jika seandainya hari ini kita belum menemukan atau sudah hampir menemukan jodoh tetapi gagal, maka itu adalah jawapan dari Allah. Yakinlah Allah akan menemukan kita dengan seseorang yang akan menjadi jodoh kita dunia dan akhirat. Kita menyayangi dia dan dia akan menyayangi kita. Hapuslah air mata di pipi dan hilangkanlah lara di hati.

Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, diri kita akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan kita rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskanNya.

Nasihat Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin,"Selalulah berdoa kepada Allah dengan penuh harapan dan keikhlasan serta mempersiapkan diri untuk sedia menerima lelaki yang soleh. Apabila seseorang jujur dan sungguh-sungguh dalam doanya disertai dengan adab doa dan meninggalkan semua penghalang doa maka doa tersebut akan terkabulkan".

Oleh itu, ingatlah Allah itu lebih penyayang dari seorang ibu yang penyayang. Lewatnya bertemu jodoh, maka itulah pilihan terbaik untuk kita dan sangat mungkin terpendam kemaslahatan tersembunyi yang hanya diketahui olehNya sebagaimana firmanNya di dalam surah al-Baqarah:216: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu".

Maka hargailah kehidupan ini dan berbahagialah bagi jiwa-jiwa yang mengenal dan memahami Allah. Pandanglah apa yang telah Allah berikan nikmatNya kepada kita. Jangan pandang pada apa yang tidak lagi Allah berikan kepada kita. Kerana hal itu akan membuat hati kita tidak pernah rasa qanaah (cukup) dengan apa yang ada bahkan kufur akan nikmatNya.

Moga esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Jadilah wanita yang paling bahagia...
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, May 12, 2011

Penawar Sakit Hati


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu.
Pemiliknya pun akan stress dan jauh dari keceriaan.
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa dan azabNya kembali kepada kita sendiri?
.
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan.
.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki pun pupus.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
.
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu.
Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
.
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Demikian firman Allah dalam Al-Qur’an Surat Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf.
Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
.
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan saudaranya.
Dia mengatakan macam-macam tentang saudaranya, dan menilai dirinya lebih baik.
Tentu, hal ini yang tidak benar
Akan tetapi, hendaknya setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.
Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..
.

SOurce:: AkuisLam.com
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

7 Tips sejukkan badan ketika cuaca panas

Tentu semua merasai bahang kepanasan yang melanda Malaysia sekarang. Suhu yang mencecah 36-38 darjah celcius setiap hari bukan sahaja boleh menyebabkan kita mudah dijangkiti batuk dan selsema, malah mudah mengalami sakit kepala. Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas.


1. Banyak minum air putih



Minum air putih merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas. Malah, pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar minum air sebelum mula berasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini bawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk kita ingat dan minum setiap kali perlu.

2. Makan yogurt



Selain kaya dengan kalsium dan probiotik yang baik untuk usus dan sistem penghadaman, yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan.

3. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air


Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air ataupun tembikai susu (honeydew), betik yang mengandungi 91% air dan juga nenas yang mengandungi 84% air. Kesemua buah-buahan tempatan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah didapatkan dengan harga yang berpatutan.

4. Ambil sayur-sayuran yang mengandungi banyak air



Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Sayur-sayuran ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan malah ia sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

5. Salad


Juga digalakkan mengambil salad sebagai menu ketika cuaca panas untuk tujuan menyejukkan badan. Tetapi pengambilan mayonis yang dicampurkan ketika makan bersama salad perlu berpada-pada.

6. Minuman sejuk



Boleh juga minum minuman sejuk seperti Lai chi kang, bandung cincau dan pelbagai jenis minuman sejuk yang lain

7. Minum jus buah-buahan



Banyakkan minum jus buah-buahan yang asli. Seperti jus tropika, jus nenas tembikai atau jus pegaga. Elakkan dari menambah kandungan gula kerana buah-buahan sememangnya mengandungi kandungan gula yang lengkap untuk tubuh badan. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.

Kredit to Blog Try Masak
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kes Simbah Asid 2011 (Acid Splasher)

aku just nk share ape yg aku baca kat blog ni...so,korang,sila baca k? (^_^)


Apa sebenarnya motif mereka membuat perkara keji macam nie yea?, dan kenapa motif sasarannya cuma wanita? adakah motif dendam atau saje suka-suka melihat mangsa mengerang kesakitan? ngeriii pulak rasanya nak berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur nie, minta dijauhkan dari kita, sama-sama kita sentiasa beringat.



Berikut sumber dari Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)

- Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. (18 okeh!!!)

- Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi.

- Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.

- Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.

- Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT.

- Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.

*_*: Minta dijauhkan dari kita, beringat selalu…
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

UTUSAN MALAYSIA: 22 kes simbah asid, polis tingkat kawalan

KUALA LUMPUR 9 Mei - Polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.

"Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya di sini hari ini.

Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields.

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur.

"Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian itu diminta melaporkan kepada polis di talian 'hotline' 03-21159999 agar tindakan segera dapat diambil untuk mengesan dan menangkap penjenayah terlibat," katanya.

..............................................

Utusan Malaysia: Mangsa simbah asid trauma keluar rumah

KUALA LUMPUR 9 Mei - Meskipun hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian mata akibat disimbah cecair jenis 'thinner' oleh seorang lelaki, seorang ibu yang kini sarat mengandung trauma untuk keluar rumah seorang diri.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yati, 30, masih tidak dapat melupakan kejadian bagaimana suspek yang menaiki motosikal tiba-tiba muncul dari arah belakang dan menyimbah cecair itu mengenai muka dan badannya.

Kejadian itu, menurut Yati, berlaku di hadapan sebuah vila yang disewa keluarganya untuk menjalankan aktiviti riadah di Persiaran Titiwangsa di sini, pada pukul 3 petang, Sabtu lalu.

"Ketika itu, semua ahli keluarga berkumpul di dalam rumah. Saya keluar sekejap ke tempat letak kereta untuk mengambil lampin pakai buang anak saya.

"Sebaik sahaja saya membuka pintu kereta, datang seorang lelaki bermotosikal dari belakang dan menyimbah cecair itu menyebabkan muka dan badan saya basah.
"Saya kini takut untuk keluar rumah kerana masih terbayang kehadiran lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampang, hari ini.

Yati ialah salah seorang mangsa simbahan cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' yang dilaporkan berlaku di ibu negara sejak kebelakangan ini.

Polis sedang mengesan dua lelaki bermotosikal yang dipercayai menyasarkan golongan wanita di daerah Dang Wangi, Sentul dan Brickfields sebagai mangsa simbahan cecair itu.

Yati memberitahu, simbahan cecair tersebut mengenai bahagian matanya dan amat memedihkan sehingga tidak dapat membukanya.

"Saya menjerit meminta tolong dan segera masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Suaminya yang terkejut melihat keadaannya segera keluar rumah untuk menangkap suspek, bagaimanapun lelaki itu sempat menghilangkan diri.

Katanya, dia dihantar ke Pusat Rawatan Pusrawi sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Jenayah Simbah Asid

Jenayah simbah asid kat muka orang awam tengah berleluasa kat Kuala Lumpur ni ! Haaya..this is scary seh !

Tempat target si penjenayah niselalunya di parking lot dan bus stop. Tempat yg selalu sgt aku lalu!!
Si penjenayah ni akan menyimbah asid kat sesiapa sahaja yang dia suka...aiiigh..Gile ke ape?

Kes lelaki bermotor simbah asid di kawasan kuala lumpur kian kerap berlaku pada masa kini. Wanita adalah sasaran utama untuk mereka menyimbah asid ke muka mangsa. Pihak polis menyatakan bahawa kejadian ini dilakukan oleh penunggang motosikal dan masanya adalah malam bagi waktu kerja dan pagi semasa hari minggu.

Sekarang ni, lebih kurang 23 orang yang telah menjadi mangsa kena simbah asid ni. Penjenayah ni sekarang dikehendaki polis !
Ciri-ciri penjenayah ni ialah berkulit gelap, dan rasanya ada mental illness ! Korang semua berhati hati la ye !


1. March 2 2011- Eight Year 4 and Year 6 pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar were splashed with a liquid by a motorcyclist clad in black.


2. March 24 2011- Two marketing executives were splashed with acid as they were walking along Jalan Tun Sambanthan at 5.30pm.

3. March 25 2011- A 25-year-old history teacher, on the way to school, was attacked near the back gate of a school in Jalan Sultan Abdul Samad at 7am.

4. March 26 2011- A Frenchman and his female companion became the 13th and 14th victims of a corrosive liquid-splashing attack by a motorcycle duo in Jalan Conlay about 3pm.

5. April 2 2011- In Jalan Mantin, Negri Sembilan, a 27-year-old woman and her 18-year-old niece were attacked by two men on a motorcycle 9pm.

6. May 6 2011- Two women were splashed with acid when a motorcyclist attacked them from behind in Jalan Pudu Lama at 9pm.

7. May 6 2011- Thirty minutes later, a lawyer in her 30s, was attacked near a parking lot in front of The Mall shopping centre in Jalan Putra.

8. May 7 2011- A woman and her one-year-old baby were standing in her house compound in Persiaran Titiwangsa when the splasher rode by and threw the liquid at them at 3pm.

** alwiz kena sediakan air Kosong,..In case,kalo terkena..cepat2 kita simbah air tu kat muka kita....
Ya ALLAH,jauhkan lah aku dari semua ni....Lindungi lah aku..
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Simbah Asid – Simbah Asid Dua Hari Berturut turut


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.

Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.

Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.

“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.

“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.

“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.

Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.


** mALAysia makin x selamat.Ni sindrom balas dendam pada wanita la ni… Mungkin penjenayah ni ada UnFinish Business denga kaum hawa dan menyebabkan dia berdendam, harap pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah macam ni secepat mungkin sebelum makin ramai yang menjadi mangsa… dan kepada wanita berhati hati lah..Termasuk aku...
asiiihh...dah la yg kena tu kawasan aku balik naik lrt...aiiishhh
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, May 11, 2011

mOVIE kONGSI


xsabar nk tgk Movie Ni...
Nak Tgk Shaheizy Sam.
ada sape2 nk teman saya g tgk Movie nie?
ada sape2 nk teman saya bergelak2 ketawa?
(^_^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Nur Kasih The Movie


Tak sabar nk tgk.
ada sape2 nk teman saya g tgk Movie nI?
ada sape2 nk teman saya menangis?
(^_^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Bayi 1 badan 2 kepala


JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.

BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.

Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.

Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.

Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.

Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.

“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.

Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.

Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.

Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.

Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.

Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.

Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi


ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam


sumber::(metro 11.Mei.2011)
**Masya ALLAH....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Terhenti Di Sini- Asfan (Ost Asmara)




Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

** jatuh cinta dgn lagu ni.....
(sedang berada di awang-awangan.....)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, May 10, 2011

Kahwini pasangan yang boleh membuat anda berasa seronok selama-lamanya…

Berapa kerapkah teman-teman kita yang sudah berkahwin komplen pasal suami mereka yang suka sangat tengok sukan di tv pada hujung minggu?

Hmmphh…. takkan mereka tak perasan yang laki mereka tu sememangnya minat sukan giler-giler semasa mereka tengah berdating? Takkan mereka harap segala-galanya akan berubah selepas kahwin?

Terimalah kenyataan bahawa hidup nie penuh dengan suka duka, jadi adalah penting untuk mencari seseorang yang kita confirm boleh berseronok sampai ke hari tua. Inilah caranya bagaimana anda boleh mencari lelaki seperti itu:

1. Senaraikan perkara yang ingin anda buat. Kemudian, lakukannya. Kalau ikut teori sayalah, jika semua orang yang suka makan angin di pantai benar-benar melakukannya, mereka mungkin akan berjumpa dengan pasangan masing-masing, berkahwin dan seterusnya industri mencari pasangan akan lenyap..:-).
Jika suka membaca pulak, lepaklah di kedai buku. Jika ada café di sebelahnya, selalulah lepak di situ. Buatlah perkara yang anda suka lakukan. Kerana mana tau kot-kot anda akan bertemu dengan jodoh yang ’sekepala’ dengan anda di situ…? (wahhh...nak try lah...hihi...nak g mana ek????aku akan jumpa dgn org yg satu hobi ngn aku tak? atau yg berlawanan hobi ngn aku?)

Sebenarnya, teknik ini berkesan untuk seorang rakan baik saya. Cerita dia camnie. Bila dia dapat tahu yang kekasihnya telah bermain kayu tiga, dia terus tinggalkannya. Dia ambik masa jugak untuk bersedih dan kemudian dia teruskan kehidupan seperti biasa. Dia ada dua hobi, memasak dan berlumba. Dia join kelas memasak dan kelab berlumba di Sepang, dengan harapan dapat meluaskan lagi ‘rangkaian’ sosialnya. Bila kelas memasak itu berakhir, dia menjemput rakan-rakan sekelasnya ke parti di rumahnya dan menyuruh mereka membawa kawan-kawan. Dan tekalah siapa yang datang? Seorang wanita yang menyeronokkan dan cantik (dan setia!) yang suka berhibur dan menikmati makanan yang sedap, seperti jugak empunya diri. Sekarang, mereka telah berkahwin selama tiga tahun. Dia tak sangka akan mendapat jodoh dengan cara sebegini…:-)






2. Senaraikan perkara yang ingin anda buat tapi masih tak sempat nak buat. Nak tau bagaimana untuk baiki transmission? Ambillah kursus auto repair. Ehem..ehem…wanita sebenarnya lebih cenderung untuk berjumpa dengan kaum lelaki di sana. Jika nak polish lagi skil menguruskan wang anda, ambillah kursus kewangan. Ntah-ntah anda akan bertemu dengan orang yang bijak, menarik dan mudah didekati di sana. (kan???hehhee)

Kunci untuk mencari bakal suami yang boleh membuatkan anda berasa seronok dalam 10, 25 dan 50 tahun dari sekarang ialah dengan melakukan perkara-perkara yang membuatkan anda berasa gembira pada hari ini.

Kemudian, tunggu siapa yang akan muncul!

Good luck!



** aiiishh....xsabar nih.....(^_^)
semoga "sOmeOne" tu cepat2 muncul.....
saya dah penat Tunggu......(Mood TerGedix..haha!)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, May 9, 2011

"Nora Elena"

sumber:: EnCik Gua.Com

ari ni 1st episod cite ni kat TV 3.... excited gile nk tgk sbb drama ni diadaptasikan dr sebuah novel....Tajuk novel tu KASIH YANG SUCI by Meen Zulaikha.

yang buat aku excited gile nk tgk drama ni sbb ada Aaron Aziz...hehehe....
Hensem kan? aku mmg suka kat dia....(biar lah dia laki org pun...hehe)

Ok...yg ni nOvel Original Drama ni...
Tajuk Novel ni "KASIH YANG SUCI"



Sinopsis::


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Oh!! Jatuh Hati pada beliau....
Sumpah!!!
Tapi dia suami org...
(T_T)
Taknak!
Keciwa.....



PrOmoT: setiap Isnin hingga Khamis, jam 7malam, hanya di slot Akasia, TV3!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Beli NoVel Baru...

sabtu(7.mei.2011) aku g Mid Valley...
bosan duk umah...so g lepak kat MPH...
bila dah lepak kat MPH,ermm..ape lg... duk bertepek kat bahagian novel la....hehe..
& aku "sempat" beli 1 novel ni....
Tajuk 'SEANDAINYA...bY ~RYS AREESA'



bila baca sinopsis buku ni,macam best je....
arap2 best lah...hehee.... (arap2 berada diawang-awangan lah...hehehe)

so,kat sini aku nk share sinopsis dia...
mana tahu korang semua pasni duk berlari2 nk g beli novel ni...hehhee

Sinopsis::

Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki?


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

kekuatan diri ku....

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be

Josh Groban » You Raise Me Up Lyrics



Its Called Happy FamiLy.
And I Love Them very2 Much.
More Than They Know.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sunday, May 8, 2011

BrunO Mars.

Nak memiliki Vcd BeLiau.
tapi sampai skrang x dapat2 lagi....
aiiishh...bila nk g beli nih...
kang dah basi baru dapat....

*admire giler kat beliau...(^_^)...hehe

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Untukmu ibU.....

Luangkan masa 2 minit utk tonton video ini..............
anda semua bertuah kerana masih memiliki ibu & ayah...
Hargailah mereka selagi ada....





** Al-Fatihah buat arwah Mak & arwah aYah...(T_T)


kita akan menghargai sesuatu apabila kehilangannya. Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, May 7, 2011

Mother- Sami Yusuf (Lirik)



Jom layan video klip ni....
sedih...(T_T)


Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

** Jatuh hati dgn lagu ni.......
Rindu arwah Mak....

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...