:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, August 25, 2011

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI



Cara:

Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidilfitri :
Ussalli Sunnata Li I’dil Fitri Raka’taini Ma’muman Lillahi Taa’la.

“Sahaja aku solat sunat i’dil fitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taa’la”

-Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
-Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
-Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya

" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. )

-Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
-Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;

Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.


PENGERTIAN HARI RAYA

Perkataan 'id berasal daripada 'aud bererti ulangan. Ini kerana sama ada hari raya itu berulang pada setiap tahun atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya atau banyak nikmat Allah dikurniakan kepad hamba-Nya pada hari raya tersebut.

PENSYARIATAN SOLAT HARI RAYA DAN DALILNYA

Solat 'Idil Fitri dan 'Idil Adha telah disyariatkan pada tahun Hijrah yang kedua. Solat hari raya pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah solat 'Idil Firi pada tahun yang kedua Hijrah tersebut.

Sementara dalil pensyariatannya pula ialah firman Allah yang ditujukan kepada Nabi S.A.W

Yang bermaksud ;

"Oleh itu kerjakanlah sembahyang kepada Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)"

'Ulama tafsir menyatakan maksud sembahyang dalam ayat tersebut ialah solat 'Idil Adhha. Hal ini berdasarkan hadith,

Yang bermaksud ;

"daripada Abu Sa'id al-Khudri R.A katanya, "Rasulullah S.A.W pergi ke musolla pada hari 'Idil Fitri dan 'Idil Adha. Perkara pertama yang Baginda lekukan ialah solat. Kemudian Baginda berpaling menghadap orang ramai yang masih duduk di dalam saf mereka, lalu Baginda memberikan nasihat dan menyampaikan apa-apa arahan kepada mereka. Jika hendak menghantar pasukan pejuang atau menyampaikan apa-apa arahan, Baginda membuat keputusan dan mengarahkannya pada masa itu. Selepas itu Baginda pun bersurai.

HUKUM SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya ialah sunnat muakkad. Ini kerana Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.

Berdasarkan hadith daripada Abu Sa'id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyari'atkan secara berjamaah namun sah dilakukan secara bersendirian.

Begitu juga ia disyari'atkan berjamaah ke[ada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, kecuali perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
Solat hari raya tidak wajib berdasarkan hadith,

Yang bermaksud, sabda Rasulullah S.A.W kepada seorang yang bertanya tentang solat yang difardhukan, "Lima solat sehari semalam. Baginda ditanya lagi, adakah wajib atasku selain daripada itu? Baginda menjawab, tidak kecuali engkau ingin mengerjakan solat sunat".

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Waktu solat hari raya bermula dari matahari terbit hingga gelincir.

Bermulanya hari adalah apabila fajar terbit. Pada waktu itu dilakukan solat Subuh sebelum matahari terbit dan solat Zuhur selepas mataharigelincir. Namun waktu solat hari raya yang afdhal adalah ketika matahari naik tinggi segalah. Ini kerana Nabi S.A.W sentiasa melakukannya pada waktu tersebut.

-KHUTBAH HARI RAYA-
Selepas selesai solat hari raya sunat melakukan dua khutbah. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1) Khutbah hendaklah selepas solat hari raya. Ia berlainan dengan khutbah Jumaat
2) Semua rukun dan sunat khutbah Jumaat adalah sama digunakan pada khutbah hari raya
3) Khutbah yang pertama sunat dimulakan dengan takbir sebanyak 9 kali dan khutbah yang kedua dengan takbir sebanyak 7 kali


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Lokasi Speedtrap di Semenanjung Malaysia.


PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras


nota kaki: alamak! Ke Pantai timur xde lah pulak....hehee...sbb alwiz jem kot...
selamat Balik kampung...Hati2 di jalan raya....Ok? selamat Hari Raya!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Jom Balik Kampung!!! Selamat Hari Raya semua!


Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhari raya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.

Potongan ayat tersebut berbunyi...

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, August 24, 2011

Bersabarlah Duhai Hati




. .Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk
iaitu sama ada
kesusahan atau kesenangan.
Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Halusnya Cara Allah




Masya-Allah, Astaghfirullah.

Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.

Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.

Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.

Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.

Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.

Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.

Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.

Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.

Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.
Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti.
Insya-Allah.

sumber dari email.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kenapa Aku Bertudung?

just nk share email yg aku dapat...

_____________________________

Sudah hampir setahun aku memakai tudung. Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:

“Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?”

“Apa mimpi kau bertudung?”

“Baguslah kau dah insaf, macam poyo!”

“Macam baik sangat pakai tudung.”

“Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung.”

“Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?”

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,

“Baru MASUK ISLAM ke kak?”

Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.

“..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah Ali -Imran:173-174)

Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur. Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.

Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?

Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.

Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah

Peringatan daripada Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur, 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, 59)






Nota kaki:seronok tengok kawan-kawan perempuan yang dahulunya "free hair"..
kini sudah berjinak-jinak untuk bertudung..aku gembira. gembira melihat ketenangan pada wajah mereka..betul,ikhlas aku cakap, wajah mereka lebih cantik & ayu sgt2 bila bertudung...malah lebih manis melihat mereka bertudung..Sebenarnya bagi aku.. tudung itu tidaklah punya nilai apa-apa..Nilai yang sebenar adalah apabila kita berjaya membuka hati kita untuk mentaati perintah-Nya..
dan mereka berjaya. :)..ALHAMDULILLAH..semoga kekal smpai akhirnya...ok?
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

SELAMAT HARI RAYA!



Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagi ku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat
Musafir yang haus di padang pasir

Siapakah yang sudi menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapatku rasa nikmati hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada yang Maha Esa
Tabahkan hatiku berilah pedoman
Cahaya di aidilfitri



NOTA KAKI:
Ampun dan maaf andainya aku ini…

Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,

Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,

Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Alasan Wanita Yang tak Menutup Aurat



Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa ju. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Nota kaki:seronok tengok kawan-kawan perempuan yang dahulunya "free hair"..
kini sudah berjinak-jinak untuk bertudung..aku gembira. gembira melihat ketenangan pada wajah mereka..betul,ikhlas aku cakap, wajah mereka lebih cantik & ayu sgt2 bila bertudung...malah lebih manis melihat mereka bertudung..Sebenarnya bagi aku.. tudung itu tidaklah punya nilai apa-apa..Nilai yang sebenar adalah apabila kita berjaya membuka hati kita untuk mentaati perintah-Nya..
dan mereka berjaya. :)..ALHAMDULILLAH..semoga kekal smpai akhirnya...ok?
aku pun stat pakai tudung sepenuhnya start Form 1... selepas arwah ayah meninggal masa darjah 6....Arwah mak pesan (masa tu mak masih ada lagi..), kena pakai tudung....sbb arwah ayah akan tanggung segala dosa2 anak2 dia kat sana....kalu aku x pakai tudung...kesian arwah ayah kat sana..kena tanggung semua......teringat lagi nasihat mak....So,smpai skrg,tudung still melekat kat kepala aku...& harap2 akan kekal sampai bila2....


Kedit: BLOg Tok Wan

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, August 23, 2011

Pengganti Eyes On Malaysia!





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Buat gitar sendiri



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

bila duit nak beli moto tak ada...





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Zaman dulu & zaman sekarang



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, August 22, 2011

Wanita muslim adalah Ratu.





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sunday, August 21, 2011

Raya datang lagi......



Alhamdulillah...
Raya datang lagi tahun ni.....
dapat lagi rasa hari raya tahun ni....

2011......
tahun ni,tahun yang ke 15, beraya tanpa arwah Ayah....
dan tahun yang ke 3,beraya tanpa arwah Mak...
cepat kan masa berlalu??

Arwah Ayah
pejam - celik....dah 15 tahun arwah ayah[kami semua panggil Chek]'pergi' tinggalkan kami semua....masa tu tahun 1997..
arwah chek meninggal masa aku darjah 6...sebelum aku UPRR..
yg aku ingat,arwah chek meninggal ms Ramadhan yg ke 27....
lagi 3hari nk raya....
yg aku ingat,arwah chek sakit selepas sahur....
teringat lagi time tu,walaupun dah kul 7 pagi,arwah chek mintak ngn mak nak minum air kelapa....pelik jugak kan? sebab time tu kan dah hbis waktu sahur...
tp mak bagi jugak..... xsampai beberapa jam,arwah chek tetibe pengsan & meninggal....
[seingat aku...lah..]
time tu aku darjah 6,still x tau ape2 sgt...
rasa sedih time tu ada.....
arwah ayah mmg seorang yg garang...
kami semua takut...
kakak aku cakap,aku je yg x takut kat arwah ayah...
berani betul aku dulu...(^_^)
rindunya zaman kanak2 dulu..
sekarang dah 15 tahun berlalu...
cepatkan masa tu....?
cepat sgt berlalu.......
selepas arwah chek meninggal...
Mak lah yg jaga kami semua...kami 12 adik beradik..
tp mak mmg untung..anak2 dia semua dah besar2...
sejak arwah chek meninggal...mak selalu sakit2...
sampai masuk hospital...
kesian mak masa tu....

Arwah Mak
Arwah mak meninggal 3 tahun lepas....
6 april 2008...
masa tu,aku lg seminggu aku nk final exam kat UPM..
[time tu aku dah Final Year...kiranya Last sem kat UPM]
masa nk tunggu exam final...kelas still jalan...
tp aku terpaksa balik sbb arwah mak sakit..
actually,mak dah lama sakit...
rupanya kakak2 aku lgsg x bgtau aku...[myb sbb time tu aku ngah busy ngn thesis.. time nk sattlekan thesis tu mmg betul2 x cukup tido...hari2 tido kul 4,5 pagi...kdg2 pas subuh plak br nk tido....selagi apa yg aku "run" xsama apa yg aku buat,selagi tu thesis aku dah jadi...~ yg ni sape yg ambik course ekonomi,mmg tau..hehehe...so,hari2 mmg stress....]
teringat lagi sebulan b4 mak meninggal[seingat aku...]
kakak aku yg no 5 call aku..tnye "Jan busy ke skrg" aku cakap,skrg baru abis kelas...skrang ngah busy nk wat thesis......
kakak aku cakap,nnti kalo x busy,balik la...Mak rindu kot...makan pun xde selera...
petang tu jugak aku g hentian putra,cari tiket balik kg...
nasib baik esoknya xde kelas...so,weekend tu boleh balik...
busy,x busy,....aku still balik....silap aku jugak...myb aku dh sebulan lebih x blik kg.... tiap2 sem..[start dr sem 1-6,aku alwiz balik kg...xpnh nk join ape2 activiti university...yg aku byk join,just activity kolej je..kawan2 aku ada gak membebel2 kat aku..sbb aku ni x actif lg....aku just cakap,aku suka balik kg je....]
tiap2 sem,balik kg....jumpa Mak...tu yg paling aku suka.... mandikan mak,pakaikan pampers utk mak,sikatkan rambut utk mak,suap mak makan,bukak kan tv utk mak,borak2 ngn mak....Rindunya nk buat semua tu skrg ni....
bila aku balik kg,mak akan jadi selera nk makan...
Betul. Mak rindukan anak bongsunya ni..
dan aku tahu,mak start xsihat ms aku start masuk UPM-2005...
ms malam b4 aku nk g KL[ time2 tu mula2 nk g daftar kat UPM]....duk borak2 ngn mak b4 tido.... mak pesan,duk sana Jaga solat..jaga pakaian,jaga tingkah laku....jaga diri baik2...
yg paling aku ingt smpai skrg....Mak cakap..."kosonglah rumah ni nanti kalo jan tak ada.....malam2 mak tido sorang...tak ada teman nk bual2"....ms tu mmg sedih..tp aku ingt,aku lgsg x menangis....sbb aku tak mahu tgk mak menangis....[walaupun aku tahu,mak sedih......]



6april 2008~ Arwah mak meninggal.....
teringat lagi....2 minggu sblum arwah mak pergi..... time tu aku baru je selesai siapkan thesis yg menSTRESSkan aku tu....aku ngn kawan2 baik aku~kak bee,shima & iemah pergi Mines...sbb nk lepaskan tensen kami after 2 bulan x cukup tido siapkan thesis... ms kat sana....ingt lg..ms tu time nk makan...kakak aku call..dia cakap ptg ni balik kg terus...tiket flight dah beli...jap lg dia dtg ambik kat UPM...
pastu aku tnye nape? dia xnk cakap...puas paksa....last2 kakak bgtau....dia cakap mak sakit...dah seminggu sakit.... actually,time tu mmg rasa nk menangis sgt2...tapi kena tahan..kena kuatkan diri jugak...sbb x silap aku,baru 2 minggu lepas aku balik kg jumpa mak... ptg tu,kakak aku dtg ambik...kakak no 6,no 10 & no 11...kami semua semua senyap...xbercakap...dalam hati aku alwiz berdoa...biar mak sihat...biar mak dapat tgk aku konvo....

kakak aku dr Kedah,KL,semua balik hari yg sama....
tiap2 malam,kami akan bergilir jaga mak...
Malam mak meninggal,aku rasa gembira sbb punya kakak2,abg2 & anak2 buah yg sentiasa di samping Mak....yg tak berhenti2 baca Yassin.

Tapi kami 12 beradik,cucu2 mak syukur sgt sbb ada disamping mak selama seminggu...
menjaga mak....smpai lah mak 'pergi'.... Mak,jan gembira mak...sbb jan dapat jaga Mak saat2 mak pergi.....Jan still dapat tido ngn Mak masa tu....tido sebelah ngn mak...ALHAMDULILLAH...ALLAH bagi kami kesempatan tu...

April 2008~~.
byk benda yg jd kat aku....
bulan yg betul2 uji kesabaran aku & buat aku jd seorg yg tabah...
Clash,ex Kawen ngn org lain,arwah mak sakit & meninggal,Nak final year punya exam,Nak siapkan tesis......
semua berlaku serentak...
dalam bulan yg sama...tahun yg sama...Perit kan?
besar betul ujian ALLAH pd aku........
betul2 buat aku down.......
tapi aku tak tahu lah,nape aku betul2 kuat masa tu..
mungkin datang dr semangat arwah mak yg Tabah..
ms tu,ape2 pun kena positif...(walaupun aku ni alwiz pk negatif)......
aku buat2 kuat depan famili...
aku buat2 kuat depan kawan2 UPM [masa tu,2 hari slpas mak meninggal aku kena balik UPM,sbb esoknya aku dah start Final Exam...& Aku mmg lgsg xleh study. walaupun study,lgsg xmasuk dlm kepala aku..]
aku buat2 kuat....kena tahan air mata ni depan semua org..
tp bila malam,bila nk tido,baru lah aku menangis betul2....
aku akan menangis & keluarkan apa yg aku tahan selama ni..
YA ALLAH,syukur sgt....aku tahu ini ujian dr MU...
Syukur ALHAMDULILLAH, kerana buat aku tabah....
kerana Ujian besar tu lah...Aku jadi MARJAN hari ni....seorang yg tabah & kuat...
yang kurang menangis....
bukan MARJAN yg dulu...yg manja...yg suka menangis...yg tersangat2 manja...
ALHAMDULILLAH...

Raya 2011
Ermm..macam raya2 tahun lepas...
xde apa yg aku nk excited...
xde baju baru pun xpe...
yg penting aku dapat balik kg & menziarah kubur arwah Chek & arwah Mak...
itu yg penting....

sbb tu tiap2 kali nk raya...aku mmg x rasa apa2...
betul.mmg x rasa nk beraya pun....
xada apa2 yg nk excitedkan..

rindu nk salam ngn seseorg yg bernama "MAK & AYAH".....
dah lama x rasa perasaan tu...


________________________________________
Doa untuk ibu bapa kita.

renung-renungkan lah..

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..
( tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..."
(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
(Doa ini Untuk yang sudah meninggal)





BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, August 20, 2011

Wanita Yang Di Cintai Iblis



Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.

1. Tidak Mengenal Allah

Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.

2. Cinta dunia, takut mati

Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.

3. Hati yang Kotor

Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.

Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

4. Melakukan Dosa

Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.

5. Tidak Mahu Berdoa

Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, August 19, 2011

CERPEN: MANA MAK?

Sangat touching...

As-Salam…..

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….
semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..

_____________________________________________

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Putus CINTA adalah anugerah ALLAH SWT




Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS!
Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.

As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.

Cuba kita tanya,

“Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”

Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?

In my humble opinion,

Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.

Bro Razzi tahu tu, sebab itulah yang I lakukan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. I berkongsi kegagalan dan kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang I face myself, friends, and peoples around me…

Tentu saja I sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!

“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”

Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,

“Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”

Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?

In my humble opinion,

Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.




Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t

“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”

Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!”

I don’t believe in that! NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb… Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat… semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah, “Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”

Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much.

Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!

Thats why selalunya, Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.

Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan… “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” - Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.

Si isteri juga kehairanan… “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” -

Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…

Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.

So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.

Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, - which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita! sehingga di lain waktu… Selamat menunaikan ibadah puasa dan solat Jumaat, semoga kita semua diberkatiNya. InsyaAllah!

SUMBER:: bLOG bRO rAZZi


nota kaki: ingat,ALLAH temukan kita dgn org yg salah sbb DIA nk bg kita yg jauh lebih baik...Insya ALLAH
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sahabat OKU Malaysia by Ruzimi Muhamed







kawan2 semua.....
nak mintak tolong....
boleh tak korang join fb ni... klik kat SINI
just nk bg support kat beliau & kawan2 yg lain yg senasib ngn dia.....





ni FB ~ Ruzimi Muhamed
Ruzimi & aku just panggil JIMI ni..kawan sekelas aku masa Form 2 kat SMK kota Bharu.
naik je Form 3,aku pindah sekolah.... & lost contact..
tut2,jumpa dia kat FB..
dia mmg seorg yg cekal...& bijak...
& dia adalah sumber inspirasi aku sejak dulu...
(^_^)

korang boleh LIKE SAHABAT OKU MALAYSIA @ FB dia...ok?


nota kaki: setiap KELEBIHAN,pasti ada KEKURANGAN. Dan setiap KEKURANGAN, terdapat byk KELEBIHAN. kita patut bersyukur sbb kita dilahirkan sempurna & mampu hidup dgn baik... Tapi mereka? walaupun byk kekurangan, tapi mereka hidup berdikari,malah lebih sempurna dari kita yg sempurna anggota badan.. kenapa kita yg SEMPURNA ANGGOTA BADAN ni,tak boleh berdikari spt mereka..? Jadikan Sahabat OKU ini,sbg sumber INspirasi kita,sbb mereka lebih berjaya dari kita...support lah mereka seikhlas hati kita....


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

4 isteri, jagalah yang pertama...




Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.

Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA....
ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


NOTA KAKI:
so,xpayah lah cari yg ke2,ke3 @ ke4. Jaga Yg Pertama SAHAJA...
Itu yg Paling kekal.
Insya ALLAH.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

TANDA-TANDA AWAL KANSER



(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
( Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Masih Ada Yang Sayang



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur…..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela…..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, August 18, 2011

Senarai 40 Kopi Beracun.


Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini

Berikut adalah 40 jenis minuman yang mengandungi bahan beracun tersebut :-

1.Cafe Abang Yes
2.Candi Gold
3.Candy 193
4.Extend Up Energy Drink
5.Extremen
6.Extrewomen
7.Goji Guarana
8.Goji Guarana Extra
9.Goji More
10.Goji Yumberry
11.Guara Cafe
12.HBW Ice Lemon Tea
13.Hotton Vitality Candy
14.Ie2 O
15.King Cappucino
16.Knight Cofee
17.Kolek Cafe Power Plus
18.Kopi Angguk
19.Kopi Asmara,
20.Kopi Bagus AAA
21.Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22.Kopi Pahlawan
23.Kopi Super Angguk
24.Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25.Maca Max
26.Macagin Ginseng Candy
27.Mentalk Candy
28.Nexus MXP
29.Night Cafe
30.Red Energizer Candy For Men
31.Royal Beverage Maqrifatun
32.sasanergy Drink
33.Trica Jus
34.Tri-Max
35.True SR,
36.vigor Candy
37.Vitca-F
38.Vitca-M
39.Winnie Beauty V1
40.XKL Sky Fruit Juice Premix.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, August 17, 2011

TIPS Untuk Hidup Bahagia



Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya pandai dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: ‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan hensem, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik rupawan, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Sepatutnya kita kena ingat satu pesanan : ‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.’

Sejajar dengan firman Allah: ‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’ (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’ (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.


Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Tips : Suami isteri perlu saling nasihat menasihati. Keikhlasan sangat penting. Ikhlas menasihati, dan ikhlas pula terima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.


sumber: DISINI

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kadar zakat fitrah kekal di kebanyakan negeri



Dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak menaikkan kadar zakat fitrah negeri masing-masing pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Kadar zakat di Sarawak pada kadar RM6.20 berbanding sebelumnya iaitu RM5.20 dengan perbezaan sebanyak RM1. Ia diikuti oleh Sabah yang naik 0.20 sen kepada harga baharu iaitu RM7.

Bagaimanapun, Melaka dan Kelantan masih mengekalkan pada kadar RM6.50 dan RM7 seperti tahun lepas.

Bagi Johor, pada tahun ini mengekalkan dua kadar berasingan berdasarkan jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5 dan RM7.50 seperti tahun lalu.

Tetapi bagi Terengganu, negeri itu masih mengekalkan tiga kadar zakat fitrah seperti tahun lepas mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5, RM7 dan RM8.

Bagi Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) pula, masing-masing mengekalkan kadar lama iaitu RM7.

Kadar zakat fitrah di Perlis dan Negeri Sembilan kekal dengan kadar RM6 dan RM6.50.

Bagi umat Islam di ibu kota, mereka boleh membayar zakat fitrah di Pejabat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layariwww.zakat.com.my atauwww.facebook.com/zakat.my.

Menerusi laman web yang sama, pengguna juga boleh membayar pelbagai jenis zakat lain secara online dan laman sesawang itu turut dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan aktiviti terkini mengenai pusat zakat dan kemudahan yang disediakan sepanjang bulan Ramadan


nota kaki: aku punya zakat fitrah,abg aku still bayar...aku nk bayar sendiri...tp dia cakap dia still bertanggungjawap kat aku smpai aku kawen...so,bila aku dah kawen,dah jadi tanggungjawap suami aku plak...hehehe... Thanks sgt2 buat abg aku...dia mmg abg yg sgt2 bertanggungjawap thadap adik2 dia...syukur dapat kakak2 & abg2 yg baik...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Hebatnya kekuatan sebuah doa


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
Membuat orang tidak percaya menjadi percaya,
Memberikan keberanian pada orang ketakutan…


Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya.

Doa itu bekal,
Doa itu senjata…

Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang Nabi dan para Rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan yang lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khaliq.

nota kaki: bila kita bersama ALLAH,ALLAH akan terus bersama kita.
ALLAH adalah sahabat kita yg terbaik... Luahlah perasaan kita pada ALLAH.
ALLAH Maha Mendengar & Maha Pengampun...


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Mentega bahan buat kek lapis disahkan haram oleh Jakim



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.


Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

“Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. – Bernama


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Andai Mahu Mencari Cinta






Wahai kaum Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.



Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu Wallahualam. Marilah kita mencari cinta yang sejati kerana Allah


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Lagi Kes Disimbah Asid, Kali Ni Di Sogo KL

Kejadian simbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali terhadap orang awam di sekitar ibu negara seakan tiada kesudahannya apabila ia berterusan berlaku walaupun polis sudah berusaha menjejaki penjenayah terlibat sejak Mei lalu

kes simbah asid di secara rambang di sekitar ibu negara pernah menjadi bualan hangat beberapa bulan yang lepas. Polis mengiatkan usaha menangkap penjenayah tersebut tetapi masih tidak berhasil. Mungkin kerana sedar polis sedang mencarinya, kes simbah asid reda seketika.

Terbaru, penjenayah simbah asid kembali menganas. Tidak pasti pula penjenayah yang sama atau yang lain. Kali ni ia berlaku di sekitar Pusat Beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tempat yang memang menjadi tumpuan ribuang orang ramai terutama di bulan Ramadhan ini. Jadi, kepada mereka yang asyik membeli belah di sekitar ibu negara tu, berhati-hatilah sebab penjenayah simbah asid ni tidak mengira mangsa.

_____________________________________

Anak saudara penyanyi 80-an disimbah asid

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kejadian simbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali terhadap orang awam di sekitar ibu negara seakan tiada kesudahannya apabila ia berterusan berlaku walaupun polis sudah berusaha menjejaki penjenayah terlibat sejak Mei lalu.

Terbaharu, seorang pemuda yang merupakan anak saudara kepada penyanyi 80-an, Datin Ramziela Radzillah dilaporkan menjadi mangsa kepada penjenayah berkenaan.

Mangsa, Iman Hussein terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Pemantauan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan serius.

Iman disimbah menggunakan cecair asid dipercayai jenis peluntur itu di bahagian muka semasa berada di sekitar Pusat Beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Ramziela yang begitu marah dengan insiden menimpa anak saudaranya itu telah meluahkan perasaan menerusi laman sosial Facebook.

Ramai rakan sosialnya menyatakan simpati terhadap nasib menimpa anak saudaranya dan ada juga yang tertanya-tanya bila kerajaan akan menguatkuasakan larangan penjualan asid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Kita belum pasti motif kejadian ke atas mangsa, tetapi ia tiada kaitan dengan samun dan masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek," katanya. - Utusan Malaysia


Nota kaki: Malaysia skrg ni dah x selamat.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Fobia Cinta.

Aku suka Lagu ni...
First time dgr lagu ni, lirik dia betul2 kena ngn diri aku,hidup aku....
betul lah,aku ni Fobia ngn cinta kot....kan?
sebab tu aku leh katakan selalu reject org....[jahat lah pulak kan?]
tapi,xde niat nk reject...
tapi macam dalam lirik lagu ni lah...
"Bukan aku tak sudi bersama..Cuma diri tak sanggup terluka..Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa.."

utk "awak2" yg saya reject sejak 3 tahun lepas hingga kini,
lirik lagu ni mencerita kan segala2nya.......
_________________________________

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

_______________________________________

nota kaki: Alwiz berdoa...semoga ALLAH bukakan hati aku utk terima lelaki...
dah "penat" dah duk single-mingle... 3 tahun beb....rugi betul..buang masa 3 tahun ni......hehehe...
tu lah...Fobia punya Pasal....takut....(^_^)


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, August 16, 2011



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

TRY 100 PLUS & WATER - NOT PANADOL


Hi
If you need to pop a panadol, maybe try 100 plus + water and see whether it works.
DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems

FYI... One real story from a friend....
My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver.

According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

My husband and I have tried this on several occasions, and it seems to work well.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.

As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).

We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol.

If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...