:: Mereka2 Yang CooL !!::

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa semua!!!


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada semua.

Macam tahun lepas, ni niat puasa:

Niat Puasa Sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala

Niat Puasa Hari²:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


nota kaki: semoga Puasa Tahun ni lebih bermakna dari tahun2 lepas.....
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, July 30, 2011

Bilangan Lelaki Melebihi Wanita | Wanita Banyak Pilihan...Dun Wori!! (^_^)




Jumlah lelaki lebih ramai

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).


nota kaki:: ok,tak risau dah...(^_^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Buat CaLOn suami & CaLon Isteri

Bismillahirrahmanirrahiim


Buat Calon Suami

Pernikahan atau Perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia ...
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi SOLEHAH ...

Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawarnya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya..


Pernikahan atau Perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ...

Buat Calon Isteri

Pernikahan atau Perkawinan,Membuka tabir rahsia,Suami yang menikahi kamu,Tidaklah semulia Muhammad,Tidaklah setaqwa Ibrahim,Pun tidak setabah Isa atau Ayub,Atau pun segagah Musa,Apalagi setampan YusufJusteru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,Yang punya cita-cita,Membangun keturunan yang soleh solehah...

Pernikahan atau Perkawinan,Mengajar kita kewajiban bersama,Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,Suami adalah nakhoda kapal, kamu penunjuk arahnya,Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penuntun kenakalannya,Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawarnya,Seandainya suami masinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkawinan,Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,Untuk belajar meniti sabar dan redha,Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,Justeru kamu akan tersentak dari alpa,Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjagaPun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsaraCuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah ...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 29, 2011

Petua Mencuci Hati | oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Mencuci hati



Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda
pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah.
It Happens in Seremban


Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA:
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

FRUST | ape2 pun Harimau Malaya Tetap Best!


* Malaysia gagal mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri (Stadium Nasional, Bukit Jalil) untuk mencipta kemenangan apabila hanya seri 1-1 (Singapura menang dengan agregat 6-4).

* Ketiadaan perancang utama, Safiq Rahim dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha meninggalkan kesan besar terhadap permainan Malaysia.

* Malaysia terus melebarkan kemarau ke Piala Dunia dan terpaksa menunggu lagi sehingga kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia selepas ini.

* Singapura jelas bergantung sepenuhnya kepada khidmat pemain-pemain importnya untuk mencari kemenangan ke atas skuad negara.

nota kaki:: saya Frust gile....Frust bercinta pun tak gini...(T_T)..nak membawak diri lah........ ape2 pun ,Khairul Fahmi Che Mat & Safee Sali tetap yg terbest!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, July 27, 2011

What a Woman want...???

What I Want In A Man, Original List ... (at age 22 )

1. Handsome
2. Charming
3. Financially Successful
4. A Caring Listener
5. Witty
6. In Good Shape
7. Dresses with Style
8. Appreciates the Finer Things
9. Full of Thoughtful Surprises
10. An Imaginative, Romantic Lover

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 32)

1. Nice Looking - preferably with hair on his head
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner at restaurant
4. Listens more than he talks
5. Laughs at my jokes at appropriate times
6. Can carry in all the groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home cooked meal
9. Remembers Birthdays and Anniversaries
10. Seeks romance at least once a week

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 42)

1. Not too ugly - bald head OK
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady - splurges on dinner at McDonalds on occasion
4. Nods head at appropriate times when I'm talking
5. Usually remembers the punchlines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
7. Usually wears shirt that covers stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat lid down
10. Shaves on most weekends

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 52)

1. Keeps hair in nose and ears trimmed to appropriate length
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep while I'm emoting
5. Doesn't re-tell same joke too many times
6. Is in good enough shape to get off couch on Weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV Dinner
9. Remembers your name on occasion
10. Shaves on some weekends

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 62)

1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when awake (LOUDLY when asleep)
5. Doesn't forgets why he's laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears some clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers when...

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 72)

1. Breathing

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

♥♥Anyone can catch your eye, but it takes someone special to catch your heart. ♥♥


''Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya.'' ~Di petik daripada novel Anis Ayuni,seribu kali sayang~




♥♥ marjanibrahim ♥♥
-saya Hantu NOvel...(^___^)-
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

How to Be Happy and Love Yourself Even when Everyone Puts You Down

"Life is a banquet, and most poor suckers are starving to death!" - Auntie Mame

Finding your own happiness starts and ends with you. Read on to find out how to have more joy in life.



Steps:

1.Listen to the put down.
Is it something petty, like, "I hate that color on you", or is a rude comment, such as, "You're lazy!"? Petty unfounded comments are like a fly stinging a horse; they should be brushed off, but rude comments need more attention.

2.Ask yourself if a rude comment is true.
"Am I lazy?" If you know the answer off the top of your head, then brush off the comment (unless it's repeated behavior, then you may want to avoid that person, talk to them about it or tell your boss/teacher, if needed).

3.Ask a trusted friend if they think the comment is true, or you can ask the person why they made that comment, and to give you examples. A good friend will be constructive and help you as much as they can.

4.Work on it if you think the person insulting you has a point.
Nobody is perfect, but by being proactive you will improve that particular aspect of yourself. Too meek? Work on it! Take some confidence or public speaking classes. Unfit? Grab a tracksuit and hit the gym. You don't have to do this for every little thing, but working on the big things holding you back will massively improve yourself and your attitude.

5.Learn to ignore worthless comments. They're opinions that are just meant to hurt your feelings, and are not at all truthful. Try to remember that people often insult out of anger or jealousy. Some people take joy out of hurting others, and anything they say should be put in the back of your mind.

6.Laugh at yourself.
If it's not a big deal to you, it shouldn't be an issue to others. But remember, laughing at something that really injures your self-esteem is a no. It just gives others the feeling that they too can do that to you.


Tips:

Get to know who you are and what you want. When you are comfortable in your own skin, loving yourself comes naturally.

Make a list of things you're good at or that you like about yourself. For example, "i have a nice smile" or "I’m a good runner". Having a list of all your good qualities will make you feel worthy.

You may need to spend more time alone to get to know yourself. Ask yourself, "What do you want?" What makes you happy?" "What don't you like?" "What are you willing to do to please yourself?" Keeping a journal is highly recommended.

When you know who you are, and what you like, you will begin to attract like-minded people. "Birds of a feather flock together" is NOT just a saying.

Having like-minded, supportive friends will help you ignore the small stuff.

Remember, it all starts with you getting to know yourself and liking yourself. Until you do that, don't be surprised if few people like you.

Good luck on your journey to joy!


Warnings:

There are people who are just plain mean spirited. They tend to be jealous of kind hearted, friendly, and/or happy people. Stay away from them as much as possible.

There are people who take pleasure in hurting other people's feelings even only by making comments such as "You look awful today". Just because you are kindhearted and loving doesn't necessarily mean that everyone around you is too.Learn to tell the difference between those two kinds of people and don't treat everyone as your friend. When they hurt you eventually, you will be disappointed because you expected otherwise,and that can ruin your emotional state. Stay away from those people, and NEVER ANSWER BACK at such comments. You might end up arguing with them or even breaking up a long term friendship.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, July 25, 2011

Bercinta ngn org 1 Opis?



Yuuhuu.......................

baru2 ni aku ada godek2 blog kawan aku ni....cam best plak dia tulis pasal "BERCINTA NGAN BUDAK 1 OpIS"............ermm..baru hari ni aku terasa nk tulis pasal ni....


Best ke couple 1 opis???

erm..........Lain org,Lain pendapat kan? tp bg aku, seboleh2nya aku nk elak kan............bukan xnak....tp macam x best.......dah la 1 opis, hari2 nk berdepan ngn dia......makan ngn dia....smpai kita xde life plak ngn org sekeliling...pastu mesti xde rasa rindu2 kan?? xleh nk calling2....nak berSMS2...hehehe....kalo hari2 jumpa,aiissh....mst boring jugak..hehe...Nak2...kalu boifren/girlfren kita tu kaki cemburu...xleh tgk kita borak2 ngn staff2 lain....PARAH....!

Aiiiisshhh...mintak jauh lah.... aku pun xnak...kalu couple boleh kira ok lah kan? kalo dah kawen?? aiiissshhh...susah.....(^_^)..ye la...kat umah dah jumpa,pastu jumpa lg kat opis....pastu kalu gaduh2,msti masalah bawak kat opis.....muka masam je laki bini kan??? Aiiissh....xmau lah.......xde rasa rindu lgsg.........hihi..at least,biar lah berjauhan sikit kan?? br ada rindu2.....hehe....

ni pendapat aku je......Org lain mybe lain pendapat kan

Cuma bg aku,seboleh2 nya aku nk elak semua tu..ye lah....xmau lah aku couple satu opis.....xde perasaan rindu plak nnti...hehhee...dah la aku ni jenis cemburu.......haaa...!!....susah...hehee....(nasib baik kat opis aku x ramai lelaki...kalo ada pun,dah suami org,pakwe org...& pangkat2 adik je..............NASIB BAIK lah....hehehe)

Tapi kalo dah jodoh kita ngn sape2,kita xleh nk elak kan???so,redha je lah...hehehe...

Tapi stakat ni,xde lagi aku nk couple2 ngn budak2 opis aku....sbb semua dah berpunya....hehe

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 22, 2011

SAYANGILAH MAK ANDA,ISTERI OR BAKAL ISTERi | Especially,sayangilah Perempuan.



Seorang lelaki balik rumah...
dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....

sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu

"tak lah", jawab isterinya ringkas

"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....
NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki...


"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak.
Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu?

I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.

Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter....

pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums.

And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...

And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village".

Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku.... Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ...


Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma".

Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu.

They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda.

Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati.


Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor,


Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah.

Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!


nota kaki:: errm.....mintak2 dapat bakal suami yg sgt memahami......l
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kesilapan Wanita Tentang Tuala Wanita



- Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukarnya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.

- Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pd tuala yang belum digunakan.

- Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.

- Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.

- Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakan tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.

- Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.

- Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.

- Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan ia tak perlu ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Lelaki sgt Rumit??



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2.Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3.Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4.Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5.Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6.Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7.Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8.Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9.Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.

10.Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Perkara Wanita Benci


Kebanyakan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!



CINTA SEJATI
* Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.
* Ia berdasarkan kepada kefahaman. Anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.
* Anda lebih menumpukan kepada kesejahtraan orang lain daripada diri sendiri.
* Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.
* Sepanjang hayat.

TERGILA-GILA
* Anda boleh tergila-gilakan seseorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya menjadi cinta sejati.
* Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja iaitu diri anda.
* Perasaan anda yg mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan anda terhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yg anda bentukkan untuknya. Biasanya selepas tiga bulan, anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.
* Pentingkan diri sendiri kerana anda cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.
* Tidak mahu berkongsi dan cemburu.
* Tidak kekal lama (tiga hingga enam bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.

nota kaki:: CiNta Sejati = akan bawak kita ke alam perkahwinan & akan kekal hingga Mati....Insya ALLAH...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

10 Kunci Persahabatan Yang Baik


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan … dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kehidupan kita



1.Jangan terpaku pada masa lalu dan masa depan, tapi tataplah pada masa kini. Masa lalu sudah pergi, tidak akan kembali lagi, masa depan pula belum terjadi jadi kita tidak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu, tapi di masa kinilah, kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.

2.Bercerminlah dari kesalahan orang lain, bukan dari kesalahan diri kita, dengan bercermin dari kesalahan orang lain, maka akan mendorong kita agar kesalahan itu tidak terjadi kepada kita.

3.Jujurlah walaupun kejujuran itu pahit.

4.Tidak akan keadilan boleh ditegakkan selama kita tidak peduli terhadap hukum yang ada dan mementingkan kepentingan sendiri.

5.Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia apa adanya, bukan karena kamu ingin dia menjadi seperti yang kamu inginkan, karena sesungguhnya kamu hanya mencintai cerminan diri kamu pada dirinya.

6.Bermimpilah akan sesuatu dan jadikanlah mimpimu itu kenyataan, sesungguhnya tak akan ada dunia ini jika tak ada yang bermimpi.

7.Jika kamu gagal mendapatkan sesuatu, hanya satu hal yang harus kamu lakukan, cuba lagi!!!!.

8.Janganlah kamu mencintai seseorang karena paras/wajahnya, hartanya dan pangkatnya, tapi cintai karena kebaikan dan ketulusan hatinya karena diantara itu semua, hanya kebaikan dan ketulusan hatinya yang tetap abadi.

9.Jangan berusaha/mengerjakan sesuatu dengan setengah hati, karena hasil yang kamu dapat juga hanya setengahnya.

10.Hanya ada 2 macam cinta sejati di dunia ini, cinta Tuhan kepada makhluk-Nya dan cinta Ibu kepada anaknya.

11.Jangan penat untuk mencari ilmu karena segala sesuatu di dunia ini perlu ilmu, jika tak ada ilmu maka kita sama saja dengan orang mati, tidak boleh berbuat apa-apa.

12.Datangilah sahabatmu di saat dia susah dan lenyaplah di saat dia bahagia, karena sesungguhnya kamulah yang akan diingati di saat dia sedang susah di saat kamu membantunya.

13.Sesungguhnya di saat kesusahan teman, satu senyum yang tulus lebih berharga daripada sejuta kata yang tiada guna.

14.Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya.

15.Hargai dan hormati orang lain jika kita ingin dihormati dan dihargai orang lain, serta hormati dan hargai diri sendiri terlebih dulu baru kita boleh menghargai dan menghormati orang lain.

16.Syukurilah apa yang kamu dapat karena belum tentu kamu boleh mendapat lagi apa yang telah kamu dapat.

17.Satu harta yang sangat berharga yang jarang dimiliki orang masa kini, itulah kejujuran.

18.Semua manusia mempunyai derajat yang sama, mengapa kita masih membezakannya???.

19.Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan, berdoalah agar suatu saat kau tak akan mengkhianati dan mengecewakan, karena kamu juga telah merasakan betapa sakitnya dikhianati dan dikecewakan.

20.Tuhan tak pernah melupakan kita namun kitalah yang melupakan-Nya, haruskah kita tetap menjadi makhluk yang tak tahu diri yang sudah mendapat nikmat-Nya namun tetap melupakan-Nya??.

21.Sesungguhnya Tuhan Maha Pengasih terhadap kita, di saat kita berbuat dosa, Tuhan tidak berbuat apa-apa, tidak langsung menghukum kita dengan siksa-Nya, agar kita boleh sedar terhadap dosa-dosa kita, maka masihkah kita menjadi makhluk yang sombong dan tidak tahu berterima kasih di hadapan-Nya???.

22.Cinta bukanlah satu-satunya alasan hidup namun tanpa cinta juga hidup akan terasa hambar dan membosankan.

23.Jangan jadikan suatu kegagalan sebagai alasan untuk takut mengalaminya kembali sehingga kamu tidak mahu mencuba lagi.

24.Apabila kamu melihat suatu keindahan, bersyukurlah karena kamu masih boleh menikmati keindahan yang belum tentu akan kamu boleh lihat lagi.

25.Waktu adalah pedang, jika kamu boleh menggunakan dengan baik, maka pasti akan membawa keberuntungan, tapi jika kau menggunakan dengan buruk, pasti dia akan membunuhmu.

26.Kematian itu datang dengan tiba-tiba, maka apakah kamu masih berpikir untuk selalu menikmati dunia??.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, July 21, 2011

DisebaLik SenyuMan...



Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu............
(itulah diri saya...)



Tikam belakang....
TaLam dua Muka....
Kawan Makan Kawan....


benda ni dah byk kali aku rasa...
tapi syukur....
aku tetap bersabar..
aku tak tahu...
kenapa aku boleh sekuat ni...
sesabar ni...
syukur Alhamdulillah..ALLAH bg aku sifat ni..
aku tahu,aku tak kuat...bila duk sorang2...aku tak kuat..
aku bukan jenis suka kongsi masalah ngn org...
aku jenis keep masalah sorang2...

tp bila jadi cam ni...
sabar aku ada hadnya...
tapi bila jadi cam ni..aku rasa lemah tiba...
kawan baik....yg selama ni aku anggap adik...
snggup tikam aku dr belakang...
tp ALLHAMDULILLAH,syukur...ALLAH tunjuk perangai dia skarang..kan?
itu patut aku rasa syukur....
myb ALLAH nk tnjuk,dia bukan kawan yg baik...
Marjan,sila pk,positif...
ada hikmah di sebaliknya...
Allah selalu ada di sisi hambanya..
cuma Jangan kita jauh dengan NYA....
aku ingat lgi pesan kawan aku..

Bila kita dekat ngn ALLAH,
ALLAH akan dekat ngan kita,.....
sebanyak mana masalah kita...
seharu mana jiwa kita...
bila kita selalu dekat ngan ALLAH,
jiwa kita akan tenang.....
buat apa kita nk takut pada manusia...
kita patut pada ALLAH.
ALLAH Maha segala2nya..


tapi betul...
bila dekat ngn ALLAH,
Hati aku semakin lama,semakin tenang...
aku semakin boleh sabar dengan "org" itu....
ALHAMDULILLAH .....


nota kaki:: mungkin ni ujian ALLAH...nk aku dekat diri pada-NYA.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, July 20, 2011

Doaku Untukmu Sayang | waLi Band





kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

nota kaki:: lagu Favourite aku...suka sgt lagu ni....tapi xde kena mengena ngn sape2 tau!!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Lesen ikut tarikh lahir pemandu

CADANGAN menyelaraskan tarikh luput lesen memandu dengan tarikh lahir dijangka memudahkan ingatan pemandu bagi memperbaharui lesen apabila sampai pada waktunya

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

nota kaki:: tahun depan due date...=)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

1.Universiti Sains Malaysia
2.Universiti Teknologi Malaysia
3.Universiti Kebangsaan Malaysia
4.Universiti Putra Malaysia
5.University of Malaya
6.Universiti Malaysia Perlis
7.Multimedia University
8.Universiti Teknologi Mara
9.Universiti Malaysia Pahang
10.International Islamic University of Malaysia
11.Universiti Utara Malaysia
12.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13.Universiti Tenaga Nasional
14.Universiti Malaysia Sabah
15.Open University Malaysia
16.University of Nottingham Malaysia
17.Universiti Teknologi Petronas
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Pendidikan Sultan Idris
20.Taylor’s University College
21.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22.Universiti Tunku Abdul Rahman
23.Universiti Malaysia Terengganu
24.Universiti Malaysia Sarawak
25.Universiti Tun Abdul Razak
26.Monash University Malaysia
27.Universiti Industri Selangor
28.Wawasan Open University
29.UCSI University
30.Curtin University of Technology Sarawak Campus
31.Asia Pacific Institute of Information Technology
32.International Medical University
33.Help University College
34.Tunku Abdul Rahman College
35.Al Madinah International University
36.Universiti Kuala Lumpur
37.National Defence University of Malaysia
38.Segi College
39.Universiti Sultan Zainal Abidin
40.Universiti Malaysia Kelantan
41.Limkokwing University of Creative Technology
42.KDU College
43.Selangor International Islamic University College
44.Sunway University College
45.Malaysia Theological Seminary
46.Malaysia University of Science & Technology
47.Olympia College Malaysia
48.Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49.Malaysian Institute of Management
50.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
51.INSANIAH University College
52.Taman Pertanian University
53.Kuala Lumpur Infrastructure University College
54.International Centre for Education in Islamic Finance
55.Majlis Peperiksaan Malaysia
56.Cyberjaya University College of Medical Sciences
57.Disted-Stamford College
58.Berjaya University College of Hospitality
59.Asia e University
60.KBU International College
61.New INTI College
62.TATI University College
63.Nilai International College
64.Asia Pacific University College of Technology & Innovation
65.AIMST University
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Top 50 Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2011


Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda ranking terbaru universiti bagi tahun 2011 di Malaysia.Rasanya ramai diantara anda juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat univesiti tidak lama lagi.

Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun selepas ini.Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.

1-Universiti Sains Malaysia
2-Universiti Teknologi Malaysia
3-Universiti Kebangsaan Malaysia
4-Universiti Putra Malaysia
5-University of Malaya
6-Universiti Malaysia Perlis
7-Multimedia University
8-Universiti Teknologi Mara
9-Universiti Malaysia Pahang
10-International Islamic University of Malaysia
11-Universiti Utara Malaysia
12-Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13-Universiti Tenaga Nasional
14-Universiti Malaysia Sabah
15-Open University Malaysia
16-University of Nottingham Malaysia
17-Universiti Teknologi Petronas
18-Universiti Sains Islam Malaysia
19-Universiti Pendidikan Sultan Idris
20-Taylor’s University College
21-Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22-Universiti Tunku Abdul Rahman
23-Universiti Malaysia Terengganu
24-Universiti Malaysia Sarawak
25-Universiti Tun Abdul Razak
26-Monash University Malaysia
27-Universiti Industri Selangor
28-Wawasan Open University
29-UCSI University
30-Curtin University of Technology Sarawak Campus
31-Asia Pacific Institute of Information Technology
32-International Medical University
33-Help University College
34-Tunku Abdul Rahman College
35-Al Madinah International University
36-Universiti Kuala Lumpur
37-National Defence University of Malaysia
38-Segi College
39-Universiti Sultan Zainal Abidin
40-Universiti Malaysia Kelantan
41-Limkokwing University of Creative Technology
42-KDU College
43-Selangor International Islamic University College
44-Sunway University College
45-Malaysia Theological Seminary
46-Malaysia University of Science & Technology
47-Olympia College Malaysia
48-Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49-Malaysian Institute of Management
50-University of Malaya Medical Center


nota kaki: Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda,apa yang penting, adalah ilmu yang anda belajar.Ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor.Bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari,adalah lebih penting.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, July 19, 2011

si CanTik & sI ManIs

Majlis Perkahwinan Farah AF2 & Johan



cantikkan Farah ni?
suka tgk muka dia.....











nota kaki:: Angan2 sambil bekerja...(^_^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

“KALAH BERCINTA” …It’s OK! | by Bro Razzi

sumBer Bro Razzi







Dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita akan banyak menempuh kekalahan dari kemenangan. Betul tak?

Sometimes, kita cuba dan cuba lagi tetapi kekalahan dan kegagalan juga yang kita terima. Dalam kehidupan bercinta, lagi lah sama… lagi banyak KALAH BERCINTA dari menang. Malah berbagai cara kita cuba untuk bahagia dalam cinta, tetapi kekecewaan juga yang kita dapat. Kecurangan juga yang kita kena tempuhi. Pembohongan dan terpedaya juga yang selalu kita alami…

I’m not saying it’s good…I’m just saying, IT’S OK to lose in love!

Kalah sekali dua, apa ada hal… no hal punya. Razzi sendiri pernah kalah dalam cinta, tak terkira banyak kalinya. Tetapi, ianya tidak menghalang Razzi untuk terus percaya akan ada cinta untuk saya suatu hari nanti. Dan saya tidak pernah putus asa…Cuma, apabila kalah atau gagal… cuba jangan ulang mistake yang sama. Try to be better and make that changed!
Kadang-kadang tu kita kena tempuhi berbagai rintangan dan halangan untuk kita lebih tabah dan lebih memahami erti kehidupan dalam percintaan yang sebenar. Dan selepas bersusah payah sekian lama, akhirnya kita dapat mengecapi cinta yang sebenar-benarnya cinta, maka ketika itulah kita akan amat menghargainya.

So, that’s why it’s okay to lose,.. Itu satu kenikmatan dari Allah sebenarnya, especially kepada umatnya yang sabar dan redha dengan takdir … mengaku kalah dan berundur, apa salahnya?

-Jika benar dia bukan untuk kita, jika perpisahan itulah yang perlu kita tempuh… it’s okay, kita berundur dan mengaku kalah…redhakan lah dia pergi dan bahagia dengan pilihannya… Anggaplah saja dia memang bukan milik kita dari mula dulu lagi…

-Kalah Bercinta hari ini, bukan bermaksud selama-lamanya kita kalah kerana pasti suatu hari nanti kita akan mendapat kemenangan dalam cinta jua.

-Selalunya, jika kita sabar dan tidak menyalahkan kepada takdir atau keadaan, InsyaAllah kita akan dianugerahkan dengan seseorang yang tiada ternilai baik dan hebatnya. Namun untuk mencari kesabaran itu bukanlah mudah. Untuk bertahan amatlah susah, tetapi ia boleh dilakukan. What we need… is to BELIEVE!

Akhir kata, satu pesanan penting dari Razzi untuk anda :

Fahamilah… apabila kita tewas dalam cinta, jangan berhenti berdoa kepada Tuhan untuk mencapai apa yang dihajatkan. Jika setiap doa kita tidak dimakbulkan, setiap hajat dan permintaan kepada Allah s.w.t sekian lama, tidak ditunaikan, itu sebenarnya bermaksud …

Allah sayangkan kita… Dia rindukan kita untuk selalu menyebut namanya. Kalau sekali berdoa terus dapat jodoh dan terus bahagia… mungkin kita tidak akan hargai pemberian itu malah terus melupakan Tuhan yang Maha Esa. Jadi, teruskan lah berdoa kepadaNya setiap masa. InsyaAllah, suatu hari nanti pencarian kita akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang sejati.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, July 18, 2011



"BiLa kita ada Masalah dGn Org sekeLiLing kita,Hati tak teNang, Mengadap lah DIA. Mintak doa dgN DIA.BerDoaLah utk Mak Ayah Kita.Mintak amPun atas dOsa2 kita yg dulu.LuahLah Masalah kita Kpd ALLAH.KeraNa ALLAH aDaLah SAHABAT kita yg TerBaik & yg PaLing SeJati.BiLa kita dekat Ngan ALLAH,ALLAH akan Dekat Ngan Kita..."



~Thanks sbb nasihat ni..smpai bila2 pun aku akan ingt nasihat ni..Hati betul2 Tenang.Thanks sgt2.~

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 15, 2011

My BoYfreN




I Love Them !!!!!!!!!!!


nota kaki:: cepat nya masa ........dulu diorang dlm perut mak diorg...
skrg dah setahun lebih dah..dah boleh berlari2 dah..dah jatuh2..
dah benjol2 dah dahi..

cikJan sayang Korang berdua~
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

tips Utk lebih seksi di mata wanita


Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.


Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu – diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion – menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira.


nota kaki:: errmm....lelaki xsenyum lebih seksi? seksi ke?? bg aku,lelaki pemalu tu lah yg lebih seksi..........
eh, xsenyum = pemalu tu same je kan?? hehehe
lelaki yg terlebih senyum tu BAHAYA...(^_^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, July 14, 2011

barah payudara / Breast cancer




Barah payu dara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel barah (malignan) dalam tisu-tisu payu dara.
Barah payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payu dara termasuklah:

Lobus iaitu bahagian yang menghasilkan susu
Duktus iaitu bahagian yang menghantar susu ke puting
Bahagian tisu lemak payu dara (jarang berlaku)
Biasanya, barah payu dara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam barah tidak invasif, sel-sel barah hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam barah invasif, sel-sel barah tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payu dara.
Barah payu dara yang paling biasa berlaku ialah barah duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Manakala barah lobular pula bermula dari lobus atau lobul. barah jenis ini selalunya terdapat di beberapa kawasan dalam payu dara.
barah payu dara inflamasi pula merupakan barah payu dara yang jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Ianya disebarkan?


Barah payu dara boleh merebak melalui cara-cara berikut:
barah tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.

barah payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.

Dianggarkan jika barah payu dara berukuran 1.6 sm., kemungkinan telah lama berada dalam payu dara sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada masa ini, sel barah mungkin telah masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya merebak ke seluruh badan.

Walaupun ketumbuhan barah payu dara yang dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin merebak atau mengalami metastasis.

Faktor yang memberi risiko yang tinggi



1. Umur - umur adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko barah payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1/ 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat barah payu dara. Namun akan meningkat kepada 1/50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga - terdapat beberapa bukti menunjukkan penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah payu dara
3. Sejarah mengidap barah - pernah menghidap barah payudara sebelum ini. Ini mungkin menjadi faktor utama pembentukkan barah.payu dara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif









p/s:: kadang2 terpikir....kalau la suatu hari nnti aku terkena penyakit ni....suami aku nnti still sayang aku lg x?? @ pun dia akan tinggal kan aku?? errmmmmmmm....takut nk pikir semua ni....tp kita kena pikir jugak kan?? diri kita xsemestinya sempurna.... disebalik kelebihan tu,mesti ada kelemahannya...& di sebalik kelemahan,mungkin kita ada kelebihan kita...

so,hargai lah pasangan kita(suami @ isteri je..).........biar lah walau satu hari nnti dia dah gemuk,dia dah perut boroi, muka dia dah berkedut2, dia ada penyakit,terimalah dia sebagaimana kita terima dia semasa mula2 kita kahwin ngn dia......(^_____^) ( hehehhe...aku bercakap nih...macam aku dah kahwin lah pulak...hehehe)




BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Anda Semakin Matang Bila...

1~Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2~Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3~Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4~Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5~Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6~Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7~Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8~Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9~Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10~Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11~Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12~Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13~Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14~Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15~Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16~Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17~Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18~Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

19~Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur


nota kaki:: Cik MarJan~ sila kuat kan semangat & tabahkan hati. sekurang2 nya kalau kita sabar,hati kita akan tenang... OK? ALLAH sentiasa disisi kita... (T_T)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

remaja sekarang...| Kelar tangan demi kekasih |

Remaja sekarang....
ermmm...kadang2 kesian tgk diorg...
terlalu percaya kan lelaki...
ini lah akibatnya...

Adik,jgn sbb lelaki,kita rosakkan tubuh badan kita...
panjang lagi masa perjalanan kita dik...
Jangan sebab putus cinta,korang sanggup buat macam2 kat tubuh badan korang..

Ingat,
korang Putus cinta ngn Bf korang,Gf korang....
tpi korang still ada mak ayah korang,family korang...
kawan2 korang...
ada lagi yg lebih sayang kan korang...

cuba korang fikir..
korang Clash.
korang bukan main lg sedih macam nk gila...
menangis bagai nk melalak2...
nk bunuh diri lah..
nk minum racun lah...
kelar tgn lah...
cuba korang tgk Ex korang.....
dia duk hepi je ngn BF/Gf baru dia...
berbaloi ke korang nk menangis melalak2?
nk kelar tgn korang?
bukannya dia nk kat korang kembali pun...
kalu dia kembali kat korang pun, dia akan seROMANTIK dulu ke?

korang, kat luar sana byk lagi lelaki2 @ pompuan2 yg baik2,yg hensem2 yg boleh sayang korang...yg lebih romantik ngn korang... cuma korang x jumpa lagi....

Bukak Hati...
Bukak Mata...
Bukak Minda...


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, July 12, 2011

CINTA




bercinta lah pd seseorang yg akan membuat kita senyum...
membuat kita bahagia
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, July 11, 2011

gENaP 7 Tahun Jadi Org KL.. (^_^)







actually 5 juLy 2011 ari tu genap 7 tahun aku tinggal kat KL,jadik org KL & merantau jauh....(^________^)

7 tahun lepas.....2005
aku dtg kl & daftar kat UPM as a student..
1st time dtg kl....
1st time berdikari... walaupun aku ada ramai kakak kat KL..
tp diorg suh aku belajar naik bus,naik Lrt,naik Komuter...


2009..aku hbis study...
so,konvo bulan Ogos 2010

Mei 2009- July 2009~ 3 bulan aku keje kat HR Monash University kat Bandar Sunway.
macam2 aku belajar kat HR ni...nie lah 1st Job aku...seumur hidup aku...(^_^)
byk aku belajar sepanjang keje kat sini..drpd lgsg xpandai speaking,aku jd pandai sikit2..walaupn lgsg x boleh...hehheee
Thanks kak eima, Is, Thevi,sylva,Ms Amrit & DLL (^_^)
pas 3 bulan keje kat sana....aku sambung study balik kat UPM...utk Final Sem..

bulan DEC,habis je last paper kat UPm, kak eima dr HR Monash U call aku...tnye aku nk keje ke x.....uiikkkss...aku ape lagi...mesti lah nak kan?? nk dpatkan pengalaman keje....

Dec 2009~ aku dapat keje kat Monash U.. kat School of medicine & Science...
Thanks to Kak eima & Is sbb bg pelung keje lagi kat sana......
byk sgt yg aku dapat sepanjang aku keje kat School oF MedicIne ni...
daripada xtau nk guna mesin photostat,daripada x pndai nk guna Excel, drpd x pndai ape2,aku dah pandai sikit2... THanks utk Nizam,Fairuz,Uma,DLL
thanks sbb bg peluang bekerja kat sana....

JUne 2010~aku dapat offer kat Mahsa University... kali ni dapat kat Bhgian Exam....
best...tapi sakit kepala hotak...(^_^) aku suka job aku skrg ni.....sgt2 suka..
macam x caya.... 15 June 2011 ari tu,genap 2 tahun aku keje kat sini.
berkat kesabaran..........(^_^)
thanks mereka2 kat bhgian exam yg byk membantu ~ KAK ELLY,IRFA,KAK FARID,KAK ZIRA,KAK SHAM & KILA... mereka lah "tulang belakang" aku......
Thanks jugak utk kawan2 mahsa yg lain ~ KAK IDA,ZETTY,KAK ZURA,KAK ARIBAH,AM,MAIZA,NADIA,DHANIA,IZA & MEREKA2 SEMUA...(ramai sgt looorrr nk tulis....hehe)
seronok keje kat sini.....terutama EXAM DEPARTMENT...walaupun byk "masalah"..
kitorg ni,nmpak je hepi2 kat luar...tp dlm opis...punya lah Stress... ALLAH SWT saja yg tahu...ape2 pun,hati kena kuat...Keje kena Ikhlas!!! (^_^)

IMPIAN AKU:: satu hari nnti nak keje kat BAHAGIAN EXAM jugak...(sbb aku suka job aku nih....) tp aku teringin sgt nk keje kat University macam UM,UPM,UMK...... entah bila nk dapat....sbb diorg nk yg kontrak je.....



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sunday, July 10, 2011

sakit Gigi.



Sakit gigi.
tak Leh nk cakap byk.
sakit gigi.
sakit kepala.
demam.





nk kena jumpa doktor ke?
Takut!!!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

“SESUNGGUHNYA , ALLAH MEMANG SENGAJA”

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Menjadi penilai yang baik

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
Mengharapkan pertolongan ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita sedar
Bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
Kerana mengingatkan kita bahawa dia
Bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
Dan kehidupan kita pada masa depan

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita dapat
Mengutip pengalaman yang tak semua orang
Berpeluang untuk mengalaminya

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
Faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
Dengan orang yang salah supaya kita lebih
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan
Sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa
Kehidupan kita makin sampai ke
Penghujungnya.Hari esokpun kita
Sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
Kita.Gapailah keredaan ALLAH dengan
Melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan NYA

PERCAYALAH sesungguh nya ALLAH malu
Untuk menolak permintaan hamba-NYA yang
Menadah tangan meminta penuh
Pengharapan HANYA kepada-NYA





Apabila Allah cepat makbulkan doamu,maka Dia menyayangi mu,,,,
Bila Dia lambat makbulkan doamu,maka Dia ingin mengujimu,,,
Bila Dia tidak makbulkan doamu....maka Dia merancang yg terbaik utkmu...

oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah dlm apa jua keadaanpun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-NYA








BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 8, 2011

BERSIH



Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.





Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.














nOTa KakI: nak bersihkan hati dulu...
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, July 7, 2011

You raise me up




When I am down and,oh my soul so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up,
so I can stand on mountains;
You raise me up,
to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up...
To more than I can be.

You raise me up...
To more than I can be.













nota kaki: Miss Her............ (T_T)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, July 6, 2011

jual gadis?


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

DiLarang Meniru.

Rasanya skolah2 kat Malaysia ni dah boleh try cara ni kot..
kan? (^___^)


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, July 5, 2011

How to Enjoy Being Single

Steps:

Ignore the naysayers.
In a couple-driven consumer marketing society, you're bound to come across people who wonder why you're single, as if the ultimate goal in life is to pair up with another human being and cling to that ideal as if your life depends on it. They might even imply that something is "wrong" with you if you're single. Brace yourself for that kind of ignorance. Remember that you don't have to defend your being single, just like it's rude to attack the validity of someone's relationship. Just say "I prefer being single" and change the subject or mention that statistics show that 1/2 of all people are single.


Focus on friendship.
Being single doesn't have to mean being lonely. When you're single, you have more time to do a variety of things, all of which are opportunities to forge new friendships. Even if you're an introvert, this can be an excellent time to nurture your extroverted side. But social butterflies can grapple with loneliness too. Make it a priority in your life to create meaningful friendships and enrich your existing ones.

a) Learn How to Talk to Strangers. Or, if you're already good at that, how about How to Hug a Stranger?
b) Practice communication skills that improve and deepen friendships: How to Be a Good Listener and How to Practice Nonviolent Communication.
c) Get better at dealing with difficult people. Read How to Cultivate Compassion in Your Life and How to Deal With Impossible People and who knows? You might find a friend where you previously only found frustration.
d)Be Optimistic. Whether you're in a relationship or not, you want to be happy. Research shows that the number one ingredient for happiness, by far, is optimism.




Enjoy your freedom.

Everybody has radical little fantasies...and the chances of pairing up with someone who shares such a fantasy with equal fervor is not something to hold your breath for. So what are you waiting for? Find some people who have the same idea, or just go for it alone, and you'll meet like-minded people along the way.

a)How to Start Living in a Tiny House - Much more easily done when you live by yourself!
b)Camp As a Lifestyle - Not easy to do if you have a significant other who isn't as enthused about the outdoors as you are.
c)How to Travel on a Very Limited Budget - Radical ideas for shoestring travel.
d)Become a Hobo - Not something that's easy to pull off if you're in a relationship with someone whose location is fixed.
e)Grow Your Own Food - This takes up a lot of your time, and is ridiculously hard to pull off in a relationship if your partner isn't as passionate about it as you are. However, it's a good activity to try.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, July 1, 2011

Gambar Wajah Sebuah Keluarga Dalam 30 Tahun


[sila klik gambar utk besarkan]
xpasai2 sakit mata tu..hehhee


notakaki: Tahniah la utk family ni..
mmg best lah tgk!!
agak2 kalo famili aku nk wat gini ok x?
haha...gilerrr...12 org tu...byk tu...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Semangat 1 Malaysia




nota kaki: Rakyat didahulukan.. (^_^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

EgOKah aku?



Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku


Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu


nota kaki: lirik lagu...xde kena ngn sape2 ye...(^_^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Buka mata dan lihat, “THE REAL PICTURE!”


Persoalan berat kaum wanita sedari dulu hingga sekarang…akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi minggu ini Bro Razzi ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. I mulakan dengan soalan …

“Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada kekasihnya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?”

Jawapannya adalah Kerana :-

-Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
-Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
-Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
-Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
-Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik

Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-

-Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.

-Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal

-Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.

-Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.

-Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!

-Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!

Sedarlah, Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!” kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan. (Not me) -Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan.

Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!

Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir…tetapi lelaki yang buat ni, like I said, “It’s like a drug” - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!

Anda tanya pula, “Kalau tak suka, dan nak ada awek lain mengapa tak putuskan saja hubungan dangan anda?

Dadah beb…faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la… that’s why wanita kena faham sifat kegilaan ini.
- TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah …Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day… ANDA TETAP DIKECEWAKAN!

Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat… JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu! Buka mata dan lihat “THE REAL PICTURE!”


SUMBER:http://razzirahman.com/blog/?p=336
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...