:: Mereka2 Yang CooL !!::

Thursday, June 30, 2011

Pub Jual Minuman Horse Jizz - Minuman Dari Sperma Kuda Jantan.





Yeeerrrrkk!



WELLINGTON - Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal, lapor sebuah akhbar semalam.

Pub Green Man di sini menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter.

Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.

Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.

Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan. - Agensi



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, June 29, 2011

ALhamdulillah......


Alhamdulillah.
Syukur sgt.
syukur pd ALLAH.
syukur sbb menambahkan rezeki aku.
Alhamdulillah..




Notakaki: rezeki. Alhamdulillah. Berkat Kesabaran... Syukur sgt walaupun sikit je.
Alhamdulillah...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

27 Rejab | Jom kita puasa!!!

Ari ni aku puasa sunat.




nota kaki:: tu je nk bgtau...(^_____^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, June 28, 2011

Buka Hatimu - Amanda Band | bukak hati ku jua...!



Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada


nota kaki:: Ya ALLAH,bukak kan lah hati aku!!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Ramai Wanita bertanya. Seorang Lelaki menjawap.


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

1-“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

2-“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

3-“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

4-“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

5-“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

6-“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

7-“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

1-“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

2-“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

3-“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

4-“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

5-“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

6-“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

7-“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
“MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.

Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

http://syahirul.com/ramai-wanita-bertanya-dan-seorang-lelaki-menjawab/

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Jangan Bayar Bil AstRo 3 Bulan Direct.


KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.



Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Bilik Hotel Diperbuat Dari 10 Tan Coklat


Ikon fesyen Karl Lagerfield telah mendedahkan satu bilik mewah hotel yang diperbuat sepenuhnya daripada coklat.

Lagerfield berganding dengan pakar coklat Perancis, Patrick Roger untuk mencipta karya agung di tengah Paris, dengan menggunakan lebih daripada 10 tan coklat.

Bilik mewah itu, yang mengandungi sebuah meja dan ukiran bentuk inspirasi Lagerfield, iaitu model Baptise Giabiconi yang diletakkan di atas katil coklat, telah dicipta untuk meraikan pelancaran Magnum Ghana baru dan bar ais krim Ecuador

** Kompem! setiap sudut bilik ni aku gigit...Haha!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, June 27, 2011

Anak Derhaka Kerana Isteri Tercinta





Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, “Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu
emak yang dulunya kau minum!”

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah “membunuh” si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tan pa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit , namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

“Mak aji… sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,” kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sakit terus-menerus. Penyakit nya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sakit selama 10 tahun. ~~virtualfriends

“TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN
BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU .KATA-KATA “AH”, DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU
SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH
KECIL.”

[Surah al-Israa '
7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:

“SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA



nota kaki:: kadang2 aku selalu pk.... Isteri & Ibu...yg mana lebih penting?
mesti lah Ibu kan? errm...semoga aku dapat bakal mak mertua yg baik...yg dapat ganti arwah mak..=)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

perlu ke kita buat gini kat Bos kita?





Takdeeeeeeeeeee maknenyeeeeeeee aku nk wat gini...
wat ape nk cium BontOt bos kita?
ala...nk bos kita sayangkan kita senang je.....
buat keje dgn baik,dgn cermat & sempurna tu je...
tak perlu nk cium2 tgn,cium2 bontot....

skrg ni aku redha je..
keje selagi boleh keje...
ambik pengalaman supaya kita jadi pekerja yg terbaik..
xpayah lah pk ape..pk dtg opis,buat keje....
xpayah nk nk bergosip2...
xdapat increament & bonus pun xpe lah...
janji tiap2 bulan gaji dapat...(^_^)
xguna nk mengeluh ke ape...
bersyukur lah apa yg ada....

"di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita."

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuah Penganggur Minta Kerja Di Tepi Jalan


GAMBAR menunjukkan Mark Wheeldon (kanan) berjabat tangan dengan Vince Champion yang menawarkan pekerjaan kepadanya di Stoke-On-Trent, baru-baru ini.


Seorang penganggur, Mark Wheeldon berumur 23 tahun yang memegang kayu mengandungi poster meminta pekerjaan bertuah kerana akhirnya dia mendapat kerja selepas 20 minit dia ditemu duga oleh seorang ahli perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini dia menganggur selama dua tahun. Dia mempromosikan dirinya di tepi jalan di sini bagi meminta pekerjaan selepas bosan hidup dengan mendapat elaun sara hidup kerajaan.

Selepas tiga jam berdiri dengan memegang poster itu, seorang ahli perniagaan yang merupakan pengarah sebuah kilang, Vince Champion menghampirinya setelah dia melihat lelaki tersebut dari keretanya.

Dia kemudian membawa Mark ke pejabatnya dan menemuduganya selama 20 minit sebelum menawarkannya bekerja di sebuah kilang membuat bingkai.

Menurut pengarah kilang itu: “Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 8 pagi, saya melihat Mark berdiri dalam hujan memegang kayu poster itu untuk meminta pekerjaan.

“Saya berpendapat, jika terdapat seseorang yang sanggup berdiri dalam hujan, dia mesti nekad untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut pandangan saya, dia akan menjadi aset untuk mana-mana syarikat.” ~~ Agensi

nota kaki:: syukur lah dgn keje yg kita dapat skrg ni... jgn merungut ape2.... ramai lagi org yg tak "setuah" kita...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sendiri mau ingat lah!




1 jari kita menunjuk kesalahan orang lain,
sebenarnya 4 jari lain menunjukkan diri kita sendiri..


so,jgn terlalu menceritakan keburukan org lain
kerana kat situ lah kita dah ceritakan keburukan diri kita sendiri...


** taknak cakap banyak. xnak byk dosa.
kita semua x sempurna.... xperlu nk memburuk2 kan org sekeliling kita.
xperlu nk cari kesalahan org sekeliling kita.
ALLAH Maha Mengetahui.
semoga ALLAH ampunkan Dosa2 mereka..
(-_-)
Marjan,sila Kuat! kuatkan hati,kuatkan mata menahan semua ni..
manusia macam2 ragam....
tak perlu kita takut dgn manusia...
kita hanya perlu takut dgn ALLAH SWT.
caiyOook!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Hati Dan Perasaan




-Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


-Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

-Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

-Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

-Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

-Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

-Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

-Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

12 Aurat Wanita Dalam Islam



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – . Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

** Insaf (-_-)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Aurat,Wanita & Neraka [part 2]


Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Aurat Itu Tinggi Nilainya

Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?

Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.


Wanita dan Fair n Lovely

“Aku memang sukelah tengok pompuan yang bile die pakai tudung,belakang tudung die naik ke atas.Lawa dow.”Bisik Cerah kepada Fitri.

“Owh,tu sebab care ikat rambut die kan?”Tanya Fitri.

“Eh,bukanke sebab rambut die panjang ke?”Soal Cerah balik.

“Tu satu sebab la,tapi boleh je yang rambut panjang tu jatuhkan.Ade kawan aku,freehair,bile die pakai tudung,jadi camtu la.Rambut takde la panjang sangat.”Terang Fitri.

“Ah,tak kisahla,yang penting aku suke.”Beritahu Cerah.

Semasa di sekolah menengah dulu,ada seorang ustazah yang sangat cantik,dia pakai tudung seperti di atas dan disebabkan dia,ana memang suke tengok perempuan yang pakai tudung yang ada seakan-akan bonggol di belakang.Semasa balik ke Kelantan tempoh hari,ana sempat ke pasar malam Wakaf Che Yeh.Mungkin takdir, ana beli satu buku tentang aurat dan dalam buku itu tertulis satu hadis nabi yang berbunyi:

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)

Setelah membaca hadis ini,ana tersentak,terkesima buat seketika.Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu yang dhaif ini.Ternyata ana telah menyukai sesuatu yang terkutuk.Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi:

Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali.
Namun begitu,bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai rambut yang panjang?Secara jujurnya,ana masih belum mempunyai jawapan yang tepat tentang ini.Puas mencari dan bertanya,tapi tiada jawapan yang boleh digunakan sebagai pegangan.Jadi,ana berharap ada pembaca yang sudi berkongsi tentang perihal sanggul ini.Hadis di atas dikeluarkan dengan tujuan untuk berkongsi,bukan untuk menetapkan apa-apa hukum.Insya Allah,jika ana ada jawapannya,ana akan hebahkan kepada semua.

Wanita diharamkan berhias untuk menunjuk-nunjuk.Sabda Rasulullah, “siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata,maka di akhirat nanti Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan dan kemudian dinyalakan api neraka pada pakaiannya.”

“Habis tu?Takley la pakai bedak?Takley la pakai celak?Takley la pakai T3?Fair n lovely?”

Semua amalan itu bergantung pada niatnya,jika niat untuk menunjuk-nunjuk maka haram hukumnya namun jika untuk menjaga kecantikan diri dengan syarat tidak berlebih-lebih,syarak membenarkannya.Kalau kulit hitam, dimake-upnya sehingga menjadi putih,ini haram.Ingat,jangan berlebih-lebih sehingga menarik minat lelaki untuk melihatnya.

Perhiasan pula bagaimana?Boleh,wanita dibolehkan memakai perhiasan berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nur tetapi hanya yang zahir sahaja.Dalam membahaskan ‘perhiasan yang zahir’,banyak pendapat yang keluar.Yang paling senang dan dipraktikkan di Malaysia,cincin dan gelang. Kalau anda memakai rantai atau anting-anting,ia hanya boleh dipamerkan kepada 17 jenis golongan sahaja iaitu suami,bapa kandung,bapa meretua,anak lelaki,anak lelaki tiri,saudara lelaki,anak lelaki saudara lelaki,anak lelaki saudara perempuan,wanita islam,hamba lelaki,pelayan lelaki yang tidak bersyahwat,kanak-kanak lelaki(<-diterangkan dalam Quran diterangkan dalam hadis->),anak lelaki susuan,bapa susuan,saudara susuan,bapa saudara susuan dan menantu lelaki.

Syarat seterusnya,jangan menyerupai pakaian lelaki.Dari Abdullah bin ‘Amar katanya, bahawa dia mendengar Rasulullah berkata, “tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.”

Jangan pula meniru pakaian ahli agama lain.Disebabkan pakaian Sister Kristian nampak lawa,lalu dipakainya.Haram.Rasulullah bersabda, “siapa yang menyerupai suatu kaum,maka ia dianggap tergolong ke dalam golongan tersebut.”Dalam bab ini,Rasulullah sangat tegas.Rasulullah pernah melihat 2 helai pakaian yang bergambar burung.Lalu baginda bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir.Oleh itu janganlah kamu memakainya.”Kebiasaan ini,orang ramai suka memakai pakaian yang tertera kalimah-kalimah agama lain dan simbol-simbol agama lain,jangan pakai,haram hukumnya.Rasulullah menggunakan perkataan ‘jangan’ dalam hadis di atas menunjukkan pemakaiannya adalah haram.

Dan jangan pula memakai pakaian itu untuk bermegah-megah.Satu golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah di akhirat esok adalah golongan yang memakai pakaian yang kainnya bawah buku lali.Hadis ini merupakan satu kiasan,di zaman Rasulullah,ramai orang yang suka bermegah-megah dengan memakai pakaian sehingga tersentuh tanah dek kerana sukarnya mendapat kain di zaman itu.Sesiapa yang melabukan pakaian bermakna dia orang yang kaya.Jadi,hadis ini sebenarnya ingin menyatakan Allah tidak memandang golongan yang bermegah-megahan.Jadi,janganlah pakai pakaian untuk bermegah-megah.

Akhir Qalam

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan maka jagalah kecantikan diri anda wahai kaum Hawa.Islam adalah agama fitrah jadi islam sentiasa mementingkan fitrah manusia.Fitrah wanita adalah sentiasa ingin kelihatan cantik walaupun mukanya bak bulan purnama,jadi Islam membenarkan wanita untuk menjaga kecantikannya tapi bersyarat.

Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas,semuanya akan kembali kepada satu yakni niat.Jika baik niat anda,insya Allah,anda dapat pahala jika tidak anda dapat dosa.Jika anda menjaga kecantikan diri anda untuk bakal suami anda,insya Allah,syurga balasannya tapi ingat,jangan berlebih-lebih.Dan kepada wanita yang bersuami,anda wajib menjaga kecantikan anda.

Suami tidak akan cakap , ayang pakai lah tu,kuruskan sikit badan ,senam la sikit,pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati.Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik,maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan.Ha,masa ini barulah sibuk cari itu cari ini.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian,tiada guna beb~

Jika anda telah terlanjur memakai tundung tapi berbonggol unta,memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan,memakai pakaian sang lelaki,anda masih selamat.Insaflah.Allah menerima taubat hamba Nya walau apa-apapun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkan Nya.

Akhir kata,sama-samalah kita menjaga aurat,tidak kisahlah lelaki atau perempuan,semua ada batasnya.Wallahua’lam.

______________________________
aku ambik artikel ni kat intenet...betul2 buat aku pk betul2 pasal aurat.... klik kat sini.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Aurat,Wanita & neraka [Part 1]


Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.

Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.

Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.

Wanita Dan Aurat

Hijab Our Right!Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.

Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

Siapa Yang Berhak Lihat?

Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!

Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.

Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.

Aurat Dan Kita

“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.

“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.

“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.

“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.

‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.

“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.

Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.

Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.

Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.

Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.

“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”

Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.

Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.


Failed! Dadanya terdedahAna pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau.

Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.

Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”

Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.

“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.

“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.

“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.

“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.

Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?

“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.

Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?

“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”
[bersambung.....]


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur:31]

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

Sepah = 64% (RM 350,000)= Rm 116ribu ++ sorang
Jozan = 60% (Rm 250,000)= Rm 125 ribu sOrang
Nabil = 52% (Rm 150,000)= dia sorang2
Jambu = 46% (RM 50,000) = Rm 25 Ribu sorang


ape2pun,Nabil jugak yg menang duit walaupun dia just dapat tmpat ke3..
Untungkan?
Sepah mmg best lah semalam...
walaupun aku agak frust Jozan dapat no 2.
tapi xpe,sekali sekala bg sepah lah menang,sbb lawak dia mmg best!





Juara Maharaja Lawak

Tempat kedua


Tempat keTiga

tempat ke Empat


Nota Kaki:: minat sgt2 kat Zizan.... Jatuh hati....(^_^)
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, June 22, 2011

DugaaN.



Sabar.
itu je yg aku mampu ucap dalam hati.
Perjalanan hidup manusia ni panjang kecuali kalau Allah nak tarik nyawa kita awal-awal.
Ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah.
setiap org ada masalah.
setiap org sentiasa di Uji oleh ALLAH SWT.
ape2 pun,hati kena kuat..
Ya, luaran...aku nmpak kuat.
tapi dalam hati aku?
tiap2 mlm menangis.
nk luah,xnk menyusahkan org.
Hanya ALLAH yg yg dapat mendengar luahan hati kita...
ALLAH Maha Mengetahui.
seramai mana pun kita ada kawan2, kalo kita kongsi ngn mereka, kita yakin ke yg mereka akan betul2 keep masalah kita? mnereka betul2 ke akan faham masalah kita?
Hanya ALLAH je yg memahami kita.
& aku tahu,aku tak lah "sebaik" orang lain.
aku pun ada kelemahan sendiri...
setiap org berhak insaf kan?


Kat dunia ni ada macam2 jenis org kan?
terlampau ramai org yg sgt2 hipokrit.
terlampau ramai org yg bermuka2.
terlampau ramai org yg suka kutuk-mengutuk.
terlampau ramai org yg suka cakap belakang2.
kenapa ya?
Macam2 hal...
kita baik ngn org.
kita buat baik ngn org.
kenapa kebaikan kita tu di balas dgn macam2 yg negatif?
macam2 yg tak sedap di dengar?
Org selalu cakap, " jika kita berbuat baik, Kebaikan pula yg kita akan terima"
betul ke?
tapi kenapa Kebaikan yg aku buat,selalu org dapat balasan yg jahat? yg keji?
ermm.....takpe lah. Bersabar. tu je aku mampu buat.
aku ni bukan jenis yg penyabar. aku mengaku.
tapi entah. sejak2 di alam kerja, macam2 manusia aku jumpa..
manusia yg baik. manusia yg hati busuk. manusia yg hati keji.
sbyk aku pelajari. aku suka perhatikan gelagat org.
kadang2 kat sudut hati rasa macam kesian...
kenapa diorg macam tu?
kenapa diorg bersikap pentingkan diri sendiri?
aku sayangkan org sekeliling aku.
aku sayangkan keluarga aku.
aku sayang kan kawan2 aku.
aku sayangkan mereka2 yg rapat ngn aku.
aku sayangkan mereka2 yg sayangkan aku.
aku sedaya upaya nk jadi anak yg terbaik.
aku sedaya upaya nk jadi adik yg terbaik.
aku sedaya upaya nk jadi kawan yg terbaik.
aku sedaya upaya nk jadi pekerja yg terbaik [tanpa membodek bos].
tapi kenapa aku rasa aku macam GAGAL?
aku tahu,aku bukan lah anak yg baik.
aku tahu,aku bukan lah adik yg baik.
aku tahu,aku bukan kawan, sahabat yg baik.
Dan aku tahu,aku bukan lah pekerja yg baik.
tapi aku dah sedaya upaya menjadi yg terbaik.
Bukan senang nk puas kan hati semua org kan?

aku risau kalo orang sekeliling aku ada Problem.
aku risau kalo orang2 yg aku sayang ada problem.
masalah mereka,automatik akan jadi masalah aku.
mereka sedih,aku turut akan sedih.
mereka menangis,aku turut akan bersama2 mereka.
aku sayangkan mereka.
bukan nk tunjuk aku ni baik.
Bukan nk tunjuk aku ni caring.
tapi apa yg aku buat,ada lah kerana diri aku.
It's justMe.
Full of empathy.
Bila aku tgk Famili aku x OK,
aku akan susah hati.
sedih.
Bila aku tgk kawan2 aku x OK,
hati aku rasa lain.
x happy.
sedih.

Entah.
Allah bagi sifat tu kat aku.
Aku terima dengan redha dan hati yang terbuka.
aku bukan jenis yg pentingkan diri sendiri.
aku sayangkan Famili aku.
aku sayangkan kawan2 aku.
aku sayangkan orang2 sekeliling aku.
aku sayangkan mereka melebihi diri aku.
aku akan pentingkan mereka,melebihi kepentingan diri aku.
aku sanggup pendamkan rasa kecil hati aku.
aku sanggup pendamkan rasa sedih aku demi org2 sekeliling aku.
aku kena buat2 kuat.
aku kena buat2 tenang.
kekuatan aku adalah arwah mak.
bila hati aku x kuat,aku akan ingt arwah mak.
bila hati aku tak tenang,arwah mak lah yg sentiasa muncul seakan2 bg semangat kat aku.
Rindu.
tu je yg mampu aku luah.







Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan,
itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


nota kaki: semua org tidak sempurna. hanya ALLAH SWT yg paling sempurna.
Beryukur lah apa yg ada.

**** 1st time tulis ngn panjang Lebar....
LEGA.


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Samsung Galaxy S II



aiiishh....
tetibe rasa nk gila & meroyan tgk Henpon ni..
rasa nk menjerit2 nk mintak Henpon ni..
sape2 yg rasa2 nk bagi??
nk mintak hadiah besday, besday dah lepas...
nk mintak hantaran utk kawin...
macam lambat pulak nk kawin..
calon x dapat2 lagi...

nota kaki :: gila meroyan dah ni...

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kebaikan makan pisang



PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.

--------------------------------------------------------------------------------


PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

GoOgLe.




Pagi ni nk bukak goOgLe...
sekali tgk macam ComeL plak..
colourfull...Ceria..
so,Mood pun bertukar jadi tenang je..
(^_^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, June 21, 2011

Penakut by Yuna




Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan


Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


lAGU ni mengisahkan seorang perempuan yg sgt suka kat lelaki tu...
tapi dia takut nk meluahkan nya.. sbb dia tahu ada perempuan yg lebih layak utk lelaki itu......[errmmm..macam kisah aku pulak kan? hehehee]

Nota kaki:: sebijik kena ngn aku..!
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

INGAT LAH...

" jgn bangga dgn pakaian Padini, Guess, NiKE , topman atau Adidas,
kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan"




‎"jangan bangga dgn kereta Honda,Ferrari,Lotus...,
kerana kereta terakhir kita adalah kereta jenazah..."


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, June 20, 2011

::KaWaN BaiK::



Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Sunday, June 19, 2011

Lagi Drama Diadaptasi Dari Novel :: Stanza Cinta::



wah..
baru je lepas Demam Nora Elena....skrg dah timbul drama baru pulak...(^_____^)
nk kena layan ni...sbb ada AARON AZIZ...hehhee..

Drama stanza cinta akan di tayangkan tak lama lagi di tv3 , terbitan Grand Brlliance, arahan Along Kamarudin. drama yang bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam.. akan on-air mulai 19 Jun 2011., 13 episod tau .. [ayat copy paste nih..=P ]

Tengok gambar ni, Fizz Fairuz bawak watak ustaz lagi, gaya macam ustaz Aidil je hehe!! memang kena dengan gaya ustaz je kan..

Watak watak dalam Stanza Cinta: Amni Sorfina (Nur Fathia) seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah, yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema, dapatkan Amni mengatasi semua tu.

Watak Irfan tunang Amni (lakonan Aaron Aziz) – Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.

Watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz: Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama. Taufik telah berjaya menambat hati Amni
.


macam best kan drama ni...? =)

ok, kat bawah ni ,aku nk share dia punya sinopis...

Sinopsis Stanza Cinta dari novel :

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

Nak tau kesudahan dan cerita dalam Stanza Cinta ni, tunggu kemunculannya di kaca tv nanti
[ Kredit utk Nurizspace ]






:: Nk kena cari nampak nya Novel nih...(^_^) ::

nota kaki:: aku suka part ayat ni...::

Ya ALLAH,
Bilakah saatnya
aku di pertemukan dgn
pemilik tulang rusukku?

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, June 18, 2011

Beli Novel Baru :: Yang sebenarnya ~ Aisya Sofea. ::




YANG SEBENARNYA
Pengarang : Aisya Sofea
Harga : RM 19.90
Halaman :512


Sinopsis :

TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!


aku Mmg minat giler ngn penulisan Aisya sofea ni...
Novel1 dia semua2 best...
& semua novel2 dia,aku dah baca...(^_^)

Karya2 : Aisya Sofea

1-JAUH
2-JENDELA HATI
3-KAU UNTUK KU
4-SEHANGAT ASMARA
5-GELORA JIWA
6-ADAM & HAWA
7-BUATMU KEKASIH [yang ni best....sebab gabungan semua novel2 dia..dari no 1 hingga no 5 ...kalo korang beli yg ni je,mmg korang xkan faham... sbb tu korang kena beli novel 1st dia...=) ]
8-SELAGI ADA DIA

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, June 16, 2011

Sharing is Caring...

Assalam..
Just nk share apa yg aku baca..
aku suka baca kat BLOG FOTOGU ni...
byk yg aku dapat ttg Camera2 ni...
ye lah..nk beli Kamera DSLR x mampu lagi..
so,kita baca lah dulu apa2 petua dr blog ni...
Thanks sgt2...

Fotogu: Lensa Semulajadi

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, June 15, 2011

:: BersyukurLah ::

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...