:: Mereka2 Yang CooL !!::

Friday, January 28, 2011

Pujaan Hati


















(^_^)..best lah plak lagu ni...sekali dgr mcm xbest....tp byk2 kali dgr..syok lah pulak..
sesuai sgt lah...=)..
teeetttt................


hei pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

reff:
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku

hei pujaan hati, pujaan hati

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan


** LIRIK LAGU KANGEN BAND-PUJAAN HATI



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, January 27, 2011

Sajak Buat Ibu..........


** Jan Hari2 rindukn Mak...............................seMoga Mak tenang di sana...
Jan akan selalu doakn Mak & ayah di sana........

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

DOA UNTUK DISAYANGI DAN DIKASIHI

Assalamualaikum Wbr.

Sahabat-sahabat dan rakan taulan semua…mari kita hafal dan amalkan doa ini agar kita dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran tetangga, rakan-rakan, pekerja dan orang bawahan. InsyaAllah.
Baca sebelum memulakan kerja dan di awal pagi /petang atau selepas solat.







Doa Untuk Dikasihi


Qul ink kun tum tuhibbuu nallaha fattabi ‘uu’ nii yuhbibkumullahu wa yaqfirlakum zunuu bakum wallahu ghafuu rurrahiimm.


Ingin dikasihi dan disayangi..? amalkan…InsyaAllah.



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

SIMPTON AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

~Gila meroyan selepas bersalin~


YuUUUhuuu.........

tetibe nk Godek2 & cari kat GoogLe pasal "Gila Meroyan" ni...
sebab byk kes yg pasal bunuh bayi la,itu lah..ini lah...
so,nk jugak cari ape sebabnya jd "giLa MeroyaN" ni..
Hopenya aku & lelaki2 kat luar sana leh tahu pasal wife mereka after diorg bersaLin..
So,buat2 mereka yg lOm kawen...macam aku ni,elok lah baca...hehehe....




Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.



Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-


1.Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
2.Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
3.Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat


Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

Gejala Maternity Blues

•Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
•Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
•Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
•Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan

•Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
•Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
•Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
•Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
•Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)

•Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
•Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
•Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
•Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
•Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi

•Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
•Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
•Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya



Cara mengatasi kemurungan selepas bersalin. (Meroyan)

Kelahiran bayi yang dinantikan selama ini seharusnya memberi sinar baru dalam kehidupan. Anda sepatutnya bergembira dengan kelahiran si manja. Namun yang demikian, terdapat segelintir ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut ‘meroyan’.

Dianggarkan kira-kira 80% ibu mengalami masalah sebegini dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi mereka. Sehubungan itu, terdapat doktor yang boleh mengesan masalah ini sejak daripada ibu hamil lagi. Namun yang demikian, jumlahnya terlalu kecil. Doktor-doktor tersebut biasanya merupakan doktor yang biasa dikunjungi oleh ibu bagi setiap kehamilannya.

Dengan itu, doktor berkenaan mudah bertindak balas dari awal lagi untuk menghalang masalah kemurungan daripada terus berlanjutan. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan tumpuan sewaktu melakukan sebarang jenis kerja, mudah tersentuh sehingga mengalirkan air mata, tidak berselera makan, bimbang tanpa ada sebab dan yang seumpama dengannya, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar ginekologi dan obstetrik anda secepat mungkin. Ini kerana simptom-simptom itu adalah antara petanda anda mengalami masalah post partum. Sebelum terlambat, lebih baik anda mencegahnya terlebih dahulu.

Terdapat beberapa teknik lain yang boleh anda praktikkan untuk mengatasi masalah ini. Caranya mudah sahaja. Anda perlulah bersikap realistik dan jangan sesekali mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan anda sendiri.

Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu anda menghalang kemurungan selepas bersalin.

1. Sesuaikan diri

Sememangnya memikul tanggungjawap sebagai seorang ibu adalah berat, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali melahirkan bayi. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada anda. Namun, anda masih perlu memenuhi tuntutan ini walaupun kadangkala mengadu kepenatan. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawap anda itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda.

2. Rehatkan diri

Luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Dengan yang demikian, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat.

3. Tidur

Ini merupakan terapi yang paling hebat! Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, salah satu cara untuk anda mengatasi kemurungan ialah dengan mencari masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Jadi, anda dapat berehat sebentar. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah anda menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

4. Bersenam

Ibu yang rajin bersenam sebelum dan selepas bersalin cenderung untuk memiliki emosi yang lebih setabil. Namun, sekiranya anda terdiri daripada golongan yang malas bersenam, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tidak perlulah anda melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar senaman ringan sahaja. Lakukannya secara santai dan bersahaja. Matlamat anda sekarang bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membantu diri berasa lebih tenang bagi menghindari masalah kemurungan.

5. Usah risau

Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda tentu mempunyai perancangan kerja yang tersendiri. Anda mungkin perlu menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mempastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Ada juga sesetengah ibu yang mempunyai sikap cerewet dalam melaksanakan sesuatu kerja. Setelah bergelar ibu, anda mungkin hanya mampu menghabiskan sebahagian daripada senarai kerja berkenaan sahaja. Jadi, anda risau kerana tidak mampu menyempurnakannya sebaik mungkin. Jangan begitu! Mulai sekarang, belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel. Beri peluang kepada diri sendiri. Berikan waktu tambahan bagi melakukan sesuatu kerja. Anda juga boleh mengajar minda untuk menyudahkan kerja yang berbaki pada keesokkan harinya pula.

6. Bantuan

Dapatkan bantuan sama ada daripada ahli keluarga mahupun kawan-kawan sewaktu anda perlu melakukan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, anda boleh meminta ibu, kakak atau adik untuk menjaga anak sewaktu anda perlu menghadiri tugasan luar kawasan dan sebagainya.

7. Kawan

Mengasingkan diri akan menambahkan lagi kemurungan. Ketahuilah! Bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah sebegini. Ramai lagi ibu lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Jadi, adalah lebih baik jika anda mencari kawan-kawan yang turut mengalami masalah yang sama seperti anda. Dengan itu, anda dan mereka dapat berkongsi pengalaman sekali gus dapat membantu anda menjaga bayi dengan lebih baik.

8. Belajar

Masa untuk anda menecap keseronokan bergelar ibu masih lagi panjang. Pada mulanya, anda mungkin agak sukar menyesuaikan diri. Pada ketika inilah perasaan tidak menentu akan muncul. Ingat! Anda dan bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri masing-masing. Ambillah masa dan bergembiralah menjadi seorang ibu.

9. Tiada yang sempurna

Lazimnya, golongan yang mengalami masalah kemurungan ialah orang yang mementingkan kesempurnaan. Apabila anda tertekan, ia secara tidak langsung akan mendorong kemurungan. Anggapan bahawa anda bukanlah seorang ibu yang tidak boleh menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna.



TIPS ELAKKAN DARI MEROYAN SELEPAS BERSALIN
Di sini ada beberapa tips yang saya tahu. Siapa ada tambahan sila tambah. Sharing is caring. Caring is jelita.

1. Siapkan diri dan mental sebelum , semasa dan selepas hamil.

2. Banyakkan beribadat seperti bersolat sunat,mengaji , berwirid dan sebagainya

3. Selalu bersangka baik

4. jaga percakapan lidah, pandangan mata, pendengaran telinga dan bisikan hati

5. Berkawan dengan orang yang baik – baik

6. Selalu minta maaf terutama dengan suami, ke dua ibu bapa, mak bapak mertua dan sesiapa saja

7. jauhkan diri dari perkara sia – sia

8. berhibur dengan hiburan yang baik -baik

9. elakkan menonton filem lucah, membicarakan perkara lucah dan melihat gambar lucah (baik suami atau isteri)

10.Elakkan diri dari ke hutan, ke sungai atau ke pantai

11. jangan ambil apa – apa dari hutan , sungai, air terjun dan sebagainya seperti memetik bunga atau mengutip batu

12. Sentiasa bergembira dan tenang selalu

13. Didik sikap sabar dalam diri

14. jagalah perasaan orang sebagaimana anda nak orang jaga perasaan anda. tahu lah anda mengandung , perasaan mudah sensitif tetapi jangan diikutkan saja rasa sensitif itu. Itukan perasaan negatif dari bisikan syaitan. jangan selfish dan fikir perasaan anda saja.

Saat hamil, semasa melalui tempoh tersebut dan berpantang seharusnya dijalani dengan penuh gembira dan sabar.

Anda boleh melakukannya.



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, January 18, 2011

Aku Mau

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu p/s:: iyeeeeeeeeeee....aku mahu dia....(^_____^)-jgn dia tahu sudah...=P

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saturday, January 15, 2011

44 pantang larang bakal pengantin

kpd kengkawan yg bakal menjadi pengantin tk lama lg and yg merancang
untuk kawin tk lama lg....untuk renungan bersama.... 44 pantang larang bakal pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat


p/s:: NOted!!! hehehe
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, January 13, 2011

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
> Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

> Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

> *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

> Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

> Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
+ Melihat kaabah sehingga menitis air mata
+ Membaca quran sehingga menitis air mata
+ Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

> 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
+ Anak
+ Ibu
+ Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

> Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

> Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

> Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

> Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

> *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

> Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
+ “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
+ *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
+ Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

> Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

> Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
+ “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
+ “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

> *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

> Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

> *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
+ Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

> Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

> Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

> Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

> Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

> *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

> Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

> *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

> Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
> Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
+ Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
+ Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
+ Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak, senang gugur
- Ada rasa kelibat orang lalu
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
+ Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

> Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

> 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

> Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

> Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
> Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

> Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
> *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
+ Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.
BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Tuesday, January 11, 2011

-PEMBOHONGAN IBU-

juz Sharing dr email yg aku dapat....

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.

Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."-PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK!















BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

PEREMPUAN. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika..

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri
.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Amalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam Rumahtangga

Perhubungan suami isteri yang sihat amat dituntut oleh Islam. Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w., InsyaAllah rumah tangga bahagia hingga ke hujung usia walau apa pun ujian dan dugaan yang datang.

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI - Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI - Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI - "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA - Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA - Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA - Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

DR.FADILAH KAMSAH

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....







BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.......

-Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
-Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
-7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
-Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
-Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
-Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..
-Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
-Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,

Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..

jangan buat deekkk jeee,Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita......


Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

ABC SPECIAL...

Semalam Godek2 External hard disk...& layan pic lama2 time study kat UPM....
rindu giler kat kawan2 ms study dulu....tp diorg semua dah kawen...ada yg dah ada anak....
Rindunya kat korang semua.....sbb korang adalah sahabat yg terbaik...alwiz ada ngn jan masa jan down giler2 dulu....

kat bawah ni aku letak pic ABC...yg kitorg makan kat Mines...tp time ni aku sorang je order ABC...sbb aku ni mmg suka sgt makan ABC..... eerrmmm...dah lama x makan ABC nih...dekat setahun kot......



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kanak-kanak 3 tahun mati didera~Utusan 11/01/2011

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.

Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.

Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.

Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.

Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.

Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.

“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.

Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.


P/S:: Pgi ni baca utusan yg pasal budak kena dera....budak tu comel sgt..........teringat kat anak2 buah aku.....(T_T) adoooiii..rasa hangin giler....Mengong betoi mak tiri dia...... padahal baru umur 25 thun......xde hati & perasaan betul......xtau nk tulis ape...sbb macam2 perasaan ada bila baca sal nih..

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Monday, January 10, 2011

Sofea Jane

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti


Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri



p/s:: utk "seseoRg" yg xtau aku sedang suka dia...(^_^)...mati aku,kalo dia tahu aku suka dia.....sbb dia bukan suka aku pun...hehehe...xpe..tgk dr jauh je......(^_^)



BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Friday, January 7, 2011

Peta Malaysia






Ptg2 gini...tgn gatal nk tulis2 kat blog...sbb dah bosan duk ngadap system yg nk buat result ni.....dah la yahoomail,gmail xleh bukak...rasa cam xde life je...rasa cam duk dalam gua....hehhee.

nasib baik la blog leh bukak...hehehe


Peta Malaysia.....rasa cam nk belajar Geografi plak...teringat masa form 6, duk study Geog..mmg best...tp result STPM x ok pun..xdapat A pun.....hahaha..

Bercakap sal Peta nih...rupanya dlam semua negeri2 kat Malaysia ni...4 negeri yg aku x g lg ek....-----> ,JOHOR,PENANG,SABAH & SARAWAK

Apsal aku x ek?? xde org nk bawak pun....hehehe (^_____^)... xpun,bak kata abg aku....kalu negeri yg xpnh g tu..maknanya tu negeri Bakal suami kita lah....(^____^)...hahhaa...entah ape2 la abg aku...tp serius,aku xnk org johor.....(sbb aku xmakan Tempe...=P).... sabah & sarawak lg lah aku xnk...sbb jauh..hehehe..Penang pun aku xnak..hehhe

1- KELANTAN- aku dah g...Ye lah....mmg negeri aku...of Course la aku dah g kan..? Nama je anak jati kelantan...tp semua tmpat kat Kelantan pun aku x g...hehhee...camne lah nk bawak org g jalan2 kat kelantan...?? (korang x payah g kelantan lah ek???hehe)


2- TERENGGANU- ermm.....pnh g...tp xsemua tmpat lah aku g..g tmpat yg di tuju je..hehehe..Masjid kristal pun aku x pnh jejak lg tau.....aiiiishhh...buat malu rakyat pantai timur je...hehehe


3- PAHANG- dah g dah...kat kuantan...umah arwah mak sdare~ arwah Mak Ngah..( adik kpd arwah ayah... rasanya dlm 2006/2007 kot aku,arwah mak,abg,kakak ipar & kakak g umah mak ngah kat kuantan......sbb time tu arwah mak teringin nk jumpa arwah mak ngah ni...

tetibe teringt kat arwah mak ngah....dia duk sorang.....dia bela kucing..katanya kucing tu dah cam anak dia...sepupu kami( anak mak ngah) meninggal sbb dadah kot...kalo aku x silap...

kesian mak ngah...tido sorang2...dah la dah tua....errm....kat sana mak ngah ajak kitorg g teluk cempedak...kitorg g jalan2 je la....best duk tepi pantai..pastu tgk matahari terbenam....RomaNtik!!(^____^) tp time tu romantik sikit2 je..sbb g ngn famili kan.....hehhee


5-NEGERI SEMBILAN-Pnh g masa study kat UPM dulu..ada Kem Kepimpinan seminggu kat sana...ingt lg....seminggu kat sana,seminggu aku demam...tp still lg leh gagahkan diri nk berkayak & join aktiviti2....kat Kem tu,aku lgsg xleh nk nk makan ....sbb pedas teramat sgt.....so,kat sana aku xmakan ns pun..makan lauk2 yg x pedas je...( mmg tetibe jd kurus lah sbb seminggu xmakan ns...hehehe)...balik je dr Kem tu...demam aku x kebah2 & melarat smpai sebulan.....mmg time tu nsb baik..sbb cuti sem....so,balik kg je la..ingtkan kena saspek denggi....punya lah 2x masuk wad...sekali x pun...kesian darah aku!!!! 2nd time g ms Famili day opis aku-Mahsa... time tu aku br je masuk mahsa xsmpai seminggu...pastu kebetulan ada famili day...kak elli & irfa ajak join sekali...time tu la kenal diorg ngn lebih rapat.....kenal ngn kak zura & anak dia AKil, zue,aisyah, Dll...time tu of course la aku pemalu yg teramat sgt...hehhehe


6- MELAKA- yg ni rasanya dah 2x aku g..1st time g masa ngn abg & kakak...Januari 2009 kot...abag aku la beria ajak..mentang2 dia cikgu sejarah...hehehehe.... macam2 tempat kitorg g....g bandar hilir,g zoo melaka & yg penting g A famosa..hehehe..aku ni pantang kalo ada main2 air..hehehe...cam budak2...tp best!! hehehe... kalo boleh,nk g lagi..............=)

2nd time,baru2 ni...( dec 2010) Rumate aku kat vista ni kawen.....3 hari kat sana...best tgk rumate aku kawen...rasa cam sedih plk...dh xde dah teman aku nk bercerita2....so pasni,keep sorang2 dlm hati k?? (T___T)


7-SELANGOR & KUALA LUMPUR- ni mmg aku sedang jejak....hehehe...kejap je masa.....ingt lagi ms mula2 masuk upm~2005...skrg dah 2011...cepatnya masa.... 1st aku dyg kl...ms kecik kot..x silap darjah 3...sbb kak long aku mmg duk kat gombak.....kakak2 yg lain ramai yg study lat Um,UKM....& aku plak yg study kat UPM


8-PERAK- 1 time g ms kakak aku kawen ngn org perak.~ tahun 2009..Pantai Remis kalo x silap.... lepas je majlis pihak lelaki,kami semua g Pangkor.... BEST!

2nd time g Pangkor thun lepas 2010...sbb kawan aku dapat posting kat sana...kesian dia..jauh giler mngajar kat sana...tp syok lah...g Pangkor dpat tmpat tggal free...snorkling pun murah...hehhe 1st time snorkling....dah laa aku x pndai renang...hehhe..mau lemas aku nih..hehhee


9-KEDAH- ni mmg selalu sgt pegi..sbb dulu g umah mak mertua kakak aku...abg ipar aku duk sana...kakak aku plak mengajar kat Sungai Besar,Hulu selangor.... Best g Kedah...dah la umah mertua kakak aku tu ada sawah depan umah dia...hehhee


10- PERLIS- ni pnh g skejap je...hehhe tu pun sbb nk makan ikan bakar kat sana...hehe..kakak ipar kakak aku bawak kan...perlis pun x hbis pusing..juz g Padang Besar tu je..hehehe
p/S::emmm...........bila lg nk g tmpat2 lain ye...teringin nk g Pulau TioMan...Pulau Perhentian...
& yg penting PULAU SIPADAN kat sabah....(^_^)Mintak2 la aku boleh suami yg Kaki Berjalan cam aku ni..hehehe...


BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Thursday, January 6, 2011

Lelaki & Wanita

LELAKI :
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Kecantikan seorang lelaki & Kegagahan seorang wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Wednesday, January 5, 2011

Mengidam nk makan mee Udang kat Perak.....(^______^)

yuuuuuuhuuu...............................
tetibe rasa nk gila....hahaha..tgn ni gatal nk g search kat google & cari Mee Udang ni....
peerrrrgghh...aku mmg teringin sgt nk makan benda nih....sbb ada udang!...hehhee.. Tv punya pasal la ni..sape la suruh tayang kat tv...aku ni plak hantu seafood....
bila nk g makan ni?? tp sedap ke tak ek??? nmpk cam mee sup biasa je kan?? tp part udang tu je yg buat aku rasa nk makan..... uiiiissshhh....sabar2.......Insya Allah..nnti dapat lah makan Mee Udang nih...hehehe...
sO,layan lah gmbar2 yg aku carik kat Google Image nih...........
aaarrghhh..tetibe rasa macam....................errrmm....xde pape! (^_______________^)
arap2 esok,lusa...aku dah lupa sal ngidam-mengidam nih....hahaha...
(macam org pregnant plak aku nih)
Marjan,siLa lupakn niat anda nk makan mee udang nih...
tgk gambar sudah...........hehehe....
Alhamdulillah...kenyang....(^______^)..
pasni jgn teringin lg ye..!













BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Shah Hakim & Muiz SafwaN

MUIZ SAFWAN...............
NI ANAK KAKAK AKU YG KEMBAR,YG NO 10 (^___^)
MUIZ NI ANAK BUAH AKU YG NO 21!

SHAH HAKIM..........
NI ANAK ABG AKU YG NO 8..
SHAH HAKIM ANAK BUAH AKU YG NO 22!



I Love You Very2 Much!!
P/S:: ada masa nnti aku letak semua gambar2 anak2 buah aku & cucu aku yee...dr yg no 1 smpai lah yg no 22....yg no 23,bakal lahir bulan 5 nnti...=) ...so,kena lah godek2 album lam laptop nnti..(^_________^)

BACA JE? MEH LA KOMEN-MENGOMEN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...